suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, July 22, 2012

'Lord Muruga' pun marah pada MIC

Di Penang ini kelmarin ada satu pesta keagamaan hindu yang dinamakan 'Thimithi' atau 'fire walking' atau pun orang melayu Penang kata 'randok api'.

Telah diceritakan kepada gurkah-gurkah politik di'port' bagaimana perjalanan pesta itu kelmarin... 
beberapa kumpulan telah memulakan pesta berjalan diatas api itu dan telah berjaya melalui api itu tanpa sebarang masalah sehingga tiba lah kepada satu kumpulam yang terdiri daripada sembilan hingga sepuluh orang yang telah gagal melalui api itu kerana keseluruhan kaki mereka telah terbakar dan melecur dengan teruk sekali. 

Lalu mereka pun pergi berjumpa dengan sami yang menjaga kuil tempat pesta itu diadakan dan selepas sami itu merujuk kepada kitab suci agama mereka sami itu pun menggeleng-geleng kepala nya seraya berkata "kamu semua telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan, sebab itu tuhan tidak merestui dan tidak membenarkan kamu semua melalui ujian api itu". Kumpulan itu terus-terusan menafikan dan berkata mereka tidak pernah melakukan apa-apa juga perkara yang boleh buat tuhan atau lord muruga mereka marah. 
Sami itu terus berkata "ada..ada..anda mesti telah ada melakukannya tapi mungkin anda tidak sedar". 
Lalu sami itu bertanya kepada kumpulan itu "kamu semua dari parti mana?", mereka menjawab "kami semua dari parti BN/MIC". 

Sami itu membalas "memang patut pun tuhan lord muruga marah dan tidak mahu anda semua". 

Kah..Kah..Kah..

Moral dari cerita ini ialah tuhan kepada kaum india yang beragama hindu pun tidak suka kepada BN/MIC.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment