suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 17, 2012

Wind of Change


Di Malaysia cuma ada dua parti utama yang akan bertanding di pilihan raya umum yang ke-13 yang akan datang iaitu umno/BN dan Pakatan Rakyat, tidak ada parti lain. Yang boleh memerintah Malaysia juga cuma dua, umno/BN atau Pakatan Rakyat.


Kalau anda semua mahu terus dengan budaya cium tangan (sebab tak manis kalau nak cium telor atau nak cium bontot),anda boleh angkat kaki dan boleh belah !, ‘please stay with umno/BN’ tapi kalau anda semua mahukan perubahan, mahukan ‘reform’ atau reformasi 'total', undilah Pakatan Rakyat !. 


Bukan soal gurkah-gurkah politik di'port' ini sukakan kepada Azmin Ali atau Mat Sabu atau pun Anwar Ibrahim, tapi isunya begini, memang gurkah-gurkah politik di'port' sudah lama tidak mahukan umno/BN, maka Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim lah pilihan mereka, ‘no choice’ dan tidak mahu orang lain. Kalau ada PIAK atau ‘Parti Ibrahim Ali Katak’ gurkah-gurkah ini akan undi parti itu (Kah..Kah..Kah..) tapi tidak ada ‘third force’, cuma dua ini sahaja. Panggillah apa konsep sekali pun, sistem dua parti atau apa sahaja tetapi hakikatnya dua sahaja pilihan rakyat Malaysia – umno/BN atau Pakatan Rakyat.


Anggota parti seperti Gerakan, mereka parti negeri. Kalau ditakdirkan mereka memerintah, dia nak sekolah, dia nak minyak, dia nak hospital dia terpaksa meminta daripada kerajaan ‘federal’ tapi kalau dia tidak selari satu tim dengan kerajaan ‘federal’ maka jadi lah macam Kelantan sewaktu belum ada Pakatan Rakyat.


Jadi gurkah-gurkah ini telah minta orang-orang Penang khususnya dan rakyat Malaysia am nya, kalau mahukan ‘business as usual’, mahu angkat kaki cium tangan, please duduk dibawah khemah umno/BN. Jika mahukan perubahan (sudah tentu itu yang mereka mahukan), maka sokonglah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dan duduk lah dibawah khemah PR pada hari mengundi nanti. Itu sahaja, tidak payah gaduh, tidak payah maki hamun.


Apa yang gurkah-gurkah ini ingat, dahulunya kalau di Semenanjung kalau kita cakap pasal PAS depan orang Cina dan Hindu terus mereka palingkan muka, tapi pada hari ini, dan pada masa sekarang mereka akan kata ‘we don’t care, Cina, India, Kadazan ke, kalau BN lawan Pakatan Rakyat, kita akan sokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim lah’. 


dollah yankee -
‘The wind of change is coming’.

No comments:

Post a Comment