suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 26, 2012

Rafizi isytihar perang ke-atas Najib


dollah yankee -
Minggu ini giliran Rafizi sebagai personaliti politik yang mendapat fokus dalam semua berita-berita politik. Akibat sudah tidak boleh tahan dengan jentera-jentera dan pecacai-pecacai umno/BN yang telah berjaya memutarbelitkan cerita dan berita tentang dia yang telah berhenti kerja sebagai 'tink-tank' kerajaan pakatan rakyat negeri selangor, Rafizi hari ini telah meng-isytiharkan perang dengan Haji Najib Razak


Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta.  Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").


KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.


Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.


Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Mohd Rafizi Ramli

No comments:

Post a Comment