suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 20, 2012

Najib cipta rekod dunia lagi


Sejak Mahathir 'retire' jadi PM, negara kita dah tak buat lagi rekod-rekod dunia. Kalau tidak, yakni semasa adanya Mahathir, selalu sangat kita dengar yang negara kita banyak cipta rekod dunia (dengan kerja-kerja gila). 

Dan hari ini nampaknya Najib sebagai PM (tanpa mandat dari rakyat) juga tidak mahu ketinggalan untuk ikut jejak langkah 'mentor'nya dengan membuat rekod-rekod dunia.

Rekod dunia terbaru yang Najib cipta ialah memberitahu seluruh dunia bahawa perhimpunan aman 'Duduk&Bantah Bersih 3.0' baru-baru ini ialah bertujuan mahu menggulingkan kerajaan yang di pimpinnya, dan sebab itu juga lah pihak polis terpaksa bekerja keras dengan bersikap ganas disetiap sudut jalan didalam bandaraya meng'katok' peserta, menendang, menumbuk, rampas dan musnahkan kamera-kamera selain menyiram peserta-peserta yang tidak berupaya seperti orang-orang tua yang dah pencen, anak-anak yang sedang ditolak dengan kereta sorong bayi dan mereka yang menggunakan 'wheel-chair' dengan air kimia dan gas-gas pemedih mata.

Mereka yang berjalan sambil bernyanyi menuju Dataran Merdeka dengan baju nipis warna kuning, dengan ais krim dan gula-gula ditangan kanan, dengan botol air mineral di tangan kiri dan sedikit garam di dalam saku mereka, dan itu saja lah senjata yang di bawa olih peserta-peserta ini dan Najib berkata peserta-peserta ini telah mengancam untuk menggulingkan kerajaan??

Memang ini satu rekod dunia, sebab mahu menggulingkan kerajaan Malaysia dengan dengan ais krim dan botol air mineral....
Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Menunggu Bersih 4.0






No comments:

Post a Comment