suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 27, 2012

Semua orang sedang siap sedia !

Semua orang sudah bersedia untuk BERSIH 3.0 kecuali Najib Razak yang awal-awal lagi sudah cabut keluar dari Kuala Lumpur. Semasa BERSIH 2.0 dulu, Najib juga cabut, cabut ke Amerika. Olih kerana kes scorpene sedang mengambil tempat di France, Najib dan Rosmah di-nasihatkan agar tidak ke Europe jadi dia cabut ke Sarawak saja.

Jam 4.30 pagi-pagi buta tadi ketika semua orang sedang sedap buat 'taik mata', sedang berasmara-dana dan ketika sedang 'syokk' berdengkur,  DBKL pula telah menutup jalan-jalan di-sekitar kawasan Dataran Merdeka. Pegawai-pegawai yang berunifom di-lihat sedang memasang kon-kon di-tepi tepi jalan dan memasang kawat-kawat besi dalam usaha mereka untuk menghalang program perhimpunan 'Duduk Bantah Bersih 3.0' esok.

Tiga dan empat hari yang lepas ketika pra-bersih 3.0, anggota-anggota keselamatan DBKL dan para-para aktivis rancak bermain permainan 'pencuri dengan polis' dimana mereka telah merampas khemah-khemah yang di-dirikan, merampas bekalan-bekalan makanan dan ada juga wang tunai yang di-dermakan olih mereka-mereka yang menyokong perhimpunan itu juga di-katakan telah di-rampas. Biarpun begitu, semangat mereka tetap tinggi dan tidak luntur, mereka terus mendirikan semula khemah-khemah itu keesokan harinya, di-rampas lagi sehingga menyebabkan anggota-anggota keselamatan DBKL ini telah bertindak keterlaluan ala gangster dan polis juga ada menangkap sehingga enam orang untuk di-soal siasat.

Biar apa pun yang terjadi, gurkah-gurkah politik di'port' memohon agar peserta-peserta BERSIH 3.0 ini perlu teruskan perancangan awal untuk duduk dan bantah di Dataran Merdeka.

dollah yankee -
BERSIH 3.0...BERSIH 3.0...BERSIH 3.0..!!!



No comments:

Post a Comment