suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 13, 2012

Ini baru 8.2, kalau 9.9??


Apa kah para-para Arkitek-arkitek dan jurutera-jurutera banggunan-banggunan yang tinggi-tinggi dan juga ahli-ahli politik yang berkuasa tentang infrastruktur dan alam sekitar telah mendapat sedikit kesedaran tentang betapa reka bentuk dan daya tahan banggunan-banggunan yang dibangunkan olih mereka sebelum ini boleh menghalang bebanan yang tinggi dan boleh menahan gegaran akibat daripada kesan gempa bumi??

Setelah di-amati, gurkah-gurkah politik di'port' dapat lihat betapa pembanggunan dilereng-lereng bukit dan di- kaki-kaki bukit sedang banyak di-bangunkan di Penang ini, terutamanya disebelah kawasan-kawasan yang berpantai.

Bila melihat, bila mendengar, bila membaca dan merasa sendiri kesan terhadap kita semua akibat gegaran gempa bumi di Aceh rabu lepas, berita-berita perihal rakyat-rakyat dan penduduk yang tinggal di-banggunan yang tinggi-tinggi yang telah berlari keluar rumah, berlari turun banggunan, di-hospital pulak pesakit-pesakit di-tolak keluar dengan kati-katil sekali kerana bimbangkan keselamatan mereka, gurkah-gurkah ini telah merasakan memang perlu  di-perhatikan dan di-awasi dengan serius akan pembanggunan-pembanggunan yang banyak yang sedang rancak berjalan di lereng-lereng dan di kaki-kaki bukit semasa kini sebelum 'nasi menjadi bubur' atau sebelum 'sesal kemudian tiada berguna lagi'.

Biarpun amaran tsunami yang diramal pada hari rabu itu telah ditarik balik dan rakyat serta penduduk telah boleh menarik nafas lega dan telah menjalani kehidupan mereka seperti biasa semula, namun gurkah-gurkah ini tetap percaya yang bencana tsunami akibat gempa di-sana 'still can strike', bila tak tahu lah, tetapi 'it will strike !'.

dollah yankee -
Pokoknya, banyak-banyak lah mengucap bila ada sudah rasa ada gegaran...

No comments:

Post a Comment