suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, March 09, 2012

Rakyat sudah paham apa itu 'People Power'


2 minggu dulu, puluhan ribu rakyat Malaysia telah turun ke Kuantan, Pahang bagi membantah kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Lynas untuk membina kilang bagi memproses nadir bumi.

Walaupun TV3(suku) pernah menyiarkan 'siaran khas' bagi membersihkan imej Lynas khusus untuk rakyat yang dalam kumpulan 'Vulnerable Target' olih mereka dari gerombolan, namun rakyat Malaysia ini tidak lagi mudah terpengaruh dengan propaganda 'gila' kerajaan itu.

Perhimpunan serentak juga diadakan di Kuala Lumpur,Perak,Sabah dan Pulau Pinang.

'Vulnerable Target' Rakyat Malaysia ini sudah mula faham apa itu 'People Power' atau kekuatan kuasa rakyat.

Setelah semua saluran digunakan dan kerajaan masih berdegil untuk terus membenarkan Lynas beroperasi, maka 'jalan raya' lah yang akan menjadi pilihan rakyat.

Adalah satu perkara yang membanggakan apabila rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sanggup turun ke jalan raya bagi menyelamatkan bumi Malaysia yang mana akhirnya 'benih-benih' yang telah ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu sudah menampakkan hasil.

dollah yankee -
Tak perlu bayar, tak perlu bagi 'duit poket', tak perlu sewa bas untuk bawa 'crowd' ini turun ke jalan raya

No comments:

Post a Comment