suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, March 24, 2012

Ini lah dia kawan Tun Mahathir

Tajudin Ramli (antara kawan-kawan baik Tun Mahahthir) masuk MAS dengan bawa duit dalam poket sebanyak RM1.8 bilion.

Punggung belum panas jadi CEO, dia sudah 'order' berpuluh biji boeing, kononya nak ganti pesawat-pesawat MAS yang dah tua dan yang sedang tunggu masa nak jatuh semasa terbang.

Sepanjang menjadi CEO, dia juga mula menjual banyak aset-aset MAS dan harta benda MAS. Lepas tu dia pindahkan pula MAS Kargo ke Frankfurt, Jerman. 5 lima tahun selepas menyamun, dia pun 'melingkup angkat bungkus keluar' dari MAS, keluar dengan membawa semula RM 1.8 billion 'modal' yang di bawa masuk dulu, dan tinggal lah MAS yang dah setengah 'mamposs'.

Gurkah-gurkah politik di'port' tidak mahu nak percaya yang hutang Tajudin sebanyak RM589 juta tu telah di lupuskan minggu lepas. Dalam erti kata lain, tak payah bayar lahh..gomen BN bagi derma.

Jadi pokoknya, memang betoi lah perumpamaan orang-orang tua-tua... 'bulan sudah jatuh ke riba'Tajudin Ramli.

Apa lah malang nasib MAS, nasib syarikat melayu.

dollah yankee -
Foohhh..tak syokkk ka macam ni?? Hutang tak payah bayar.

1 comment: