suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, March 25, 2012

Ini lah akibat guna 2 buku undang-undang

Dalam budaya kita orang melayu, kalau kita telah di-baling dengan kasut atau penyapu, itu tandanya diri kita ini telah di-hina. Tetapi bila ada kes imam haji hoslan yang telah membaling kasutnya terhadap tiga hakim baru-baru ini, gurkah-gurkah politik di'port' khasnya dan rakyat Malaysia amnya tidak terkejut langsung.

Setelah sekian lama kita telah hilang kepercayaan terhadap sistem kehakiman negara (ankara Tun Mahathir) akibat ujudnya 2 buku undang-undang, tindakan imam ini membaling kasutnya kepada hakim-hakim ini jelas menunjukan betapa kecewanya rakyat kita (rakyat telah ketawa terbahak-bahak...Kah..Kah..Kah..)

Yang paling menarik untuk kita mengingati kes ini ialah penolong pendaftar mahkamah tersebut telah memberi arahan kepada akhbar-akhbar media cetak supaya tidak melapurkan insiden baling kasut ini. Mereka mahu menutup cerita ini dan tidak mahu rakyat tahu apa yang telah berlaku kerana ia telah melibatkan seorang imam.

Olih kerana 'internet' sudah tidak ada lagi batasan, blog-blog telah membocorkan rahsia  dan cerita ini menyebabkan penolong pendaftar mahkamah itu tiada pilihan dan terpaksa melapurkannya kepada pihak polis bagi pihak tiga hakim itu.

Ini lah akibatnya bila sistem kehakiman yang tugasnya mestilah melindungi orang-orang yang teraniaya macam imam ini telah tidak memainkan peranan mereka dan tindakan imam ini juga menunjukan betapa kecewanya dia dengan sistem keadilan yang ada.

dollah yankee -
Hakim-hakim itu patut berterima kasih sebab hanya kasut yang telah di-baling. Kalau lah dia baling bom??

2 comments:

  1. Kalau baling bom jawabnya kutip serpih tulang macam Altantuyalah jawabnya... kemudian ahli forensik akan bermain jigsaw puzzle.... itupun kalau forensik kita boleh dipakailah.

    ReplyDelete