suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, February 17, 2012

Rakyat lah!! bukannya Amerika & Israel!

Bila gurkah-gurkah politik di'port' sudah baca kenyataan dari Tun Mahahthir yang berbunyi macam ni..

"On another matter,Mahathir claimed Prime Minister Datuk seri Najib Abdul Razak could be a target for a regime change perpetrated by the United States and Israel who want parliamentary opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to take power. Urging Najib to be cautious,Mahathir claimed both countries want to see Anwar in power."

gurkah-gurkah merumuskan yang Tun Mahathir memang jahat. Tun Mahathir cuba meng'saiko'kan kepala otak orang-orang yang lemah dan pendek akal dengan kenyataanya ini.

Dan bila gurkah-gurkah ini ada berjumpa dengan kumpulan-kumpulan orang-orang yang pendek dan lemah fikiran ini, dan daripada sembang-sembang dengan mereka tentang politik, dapat dilihat yang taktik dari Tun ini memang telah berjaya mempengaruhi kepala otak orang-orang dalam kumpulan ini.

Gurkah-gurkah ini nak 'habaq' dekat Tun..sudah sudah lah tu Tun. Tak dapat nak dinafikan yang Tun memang telah banyak berjasa dengan kemajuan yang di bawa selama 22 tahun berkuasa, tetapi perlu diingat yang Tun juga telah banyak merosakan perkara, tapi banyak orang yang tak tau.

Rasanya Tun pun tahu dan dapat maklumat yang tepat bahawa kerajaan Malaysia ini akan bertukar tangan pada PRU-13 nanti. Dan akibat dari itu lah kerajaan ini akan bertukar dan bukan nya disebabkan perancangan Amerika dengan Israel, tetapi sebab rakyat semua dah meluat, dah fed-up, dah bengang. Rakyat lah yang telah membuat keputusan untuk menukar kerajaan ini,bukan nya Amerika dan Israel. Rakyat-rakyat ini juga yang mahu mencuba Anwar untuk menerajui kerajaan, bukan nya Amerika dan Israel kerana rakyat percaya yang Anwar juga seorang yang hebat dan bukan koman, dan percaya Anwar boleh menyelamatkan Malaysia.


dollah yankee -
Hasan Ali, dimana-mana dia pergi berceramah dan pada kalam akhir ceramah dia akan kata..
"PRU nanti minta tolong jangan undi Pakatan Rakyat. Boleh?.. Boleh ke tidak?".
Kah..Kah..Kah..
Bukan kah itu isyarat jelas yang kerajaan akan bertukar tangan?

No comments:

Post a Comment