suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, February 05, 2012

PAS For All

Dalam seminggu dua ini bermacam-macam punya penganalisis politik dalam akhbar-akhbar harian yang pro gomen telah menyerang PAS/Pakatan Rakyat dengan menulis bahawa pengaruh PAS telah jatuh menjunam disebabkan oleh persahabatan PAS dengan DAP.


Kenyataan ini adalah satu serangan yang main sedap mulut tanpa ambil kira kerana ia tidak berasaskan fakta ataupun bukti yang kukuh tetapi merupakan hanya satu kenyataan yang diluahkan oleh akhbar tersebut yang bertugas sebagai pengampu, penjilat Kerajaan BN.

Rakyat yang jenis atas tak tau la pulak, tapi kalau rakyat yang melayu dan golongan paling bawahan sebenarnya menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya telah berasa muak dan 'boring' dengan politik 'musibat' Umno yang menjijikkan dan ramai di antara mereka dalam diam-diam kini telah mula menanam sifat mahu menyokong parti PAS sebab mereka dapat melihat bahawa nasib orang Melayu terutamanya yang papa kedana tidak terbela dimana Umno yang hanya mementingkan kroni.

Penganalisis-penganalisis politik ini juga cuba meng'saiko' kepala otak kita semua terutama rakyat-rakyat yang dibawahan ini dengan berkata bahawa sekarang pengaruh Ustaz Hadi Awang juga semakin lemah sebab angka orang yang menghadiri khutbah dan ceramahnya juga telah menurun.

Bila kita melihat kepada kenyataan-kenyataan 'busuk' ini, jelaslah bahawa Umno telah memberikan lesen kepada akhbar-akhbar ini untuk menghina PAS dan para pemimpin PAS. Selain dari akhbar-akhbar ini, MCA juga saban hari menyerang dan mengutuk PAS atas isu Hudud. Presiden MCA Chua Soi Lek yang 'kurang ajar' itu tidak henti-henti dalam serangannya menentang Islam.Dari sini boleh dilihat bahawa kemunafikan dan kedurjanaan Umno amat terserlah disebabkan oleh pendiriannya yang jahil apabila membenarkan Chua Soi Lek menghina Islam. Umno telah menggunakan MCA untuk maenentang PAS dan menentang Islam walaupun ia senantiasa menguar-uarkan dirinya sebagai juara Melayu dan juara Islam.

Gurkah-gurkah politik di'port' telah melabelkan bahawa Umno, MCA dan MIC hanyalah parti-parti yang berotak 'udang' dan mereka hanya memperjuangkan hak kaum masing-masing, tak sama dan amat berlainan dengan persahabatan PAS yang mengamalkan Politik terbuka dimana persahabatan dengan DAP adalah saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati serta sama-sama berganding bahu memperjuangkan hak rakyat seluruh Malaysia dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama, miskin ataupun kaya.


dollah yankee -
'PAS For All' ... sikit punya cantik ka motto ni?!

No comments:

Post a Comment