suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, February 07, 2012

Minta ! jangan tak minta !

Siapa lah gurkah politik yang menyalurkan apa-apa juga maklumat tentang politik tanah air kepada Tun Mahathir?? Sebabnya kata gurkah-gurkah politik di'port', Tun Mahathir lah yang sering menghalang Najib daripada membubarkan parlimen untuk memanggil PRU-13. Kalau ikut 'plan' Najib, dia mahu mengadakan PRU ini kalau tidak bulan tiga, pada bulan empat ini, tetapi Tun Mahathir dengan 'modal'nya kata kalau Najib boleh sabar sikit lagi, umno/BN boleh menang dengan 'simple majority' pada PRU ini terutamanya undi-undi dari orang-orang cina. Undi daripada orang-orang susah pula Najib hanya perlu buat sedikit 'pelaburan', iaitu sumbat mulut rakyat susah dengan duit. Ini yang membuatkan Najib terpengaruh dengan kata-kata 'master'nya itu.

 Pada hal rakyat bawahan, yang akan mengundi, yang akan memangkah pada PRU ini awal-awal lagi telah berkata jika PRU di-adakan esok atau minggu depan, agak mustahil bagi umno/BN untuk menang walaupun dengan 'simple majority'.

Olih kerana Najib dan umno/BN perlukan undi yang banyak untuk mempertahankan Putrajaya (agar Rosmah Mansor dapat meneruskan aktiviti bershopping dan makan angin nya di luar negara) maka sementara menunggu parlimen di bubar, rakyat bawahan ini akan diperkenalkan lagi dengan satu dan dua 'plan' sumbat mulut rakyat/pengundi dengan duit.


dollah yankee -
Pokoknya, kalau Najib bagi duit, kita ambil ! nak tukar dengan undi kita? sorry !

No comments:

Post a Comment