suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, February 21, 2012

Kain siapa yang akan terlondeh?


Lebih kurang tiga minggu saja lagi dewan rakyat akan bersidang lagi. Kali yang pertama untuk tahun 2012. Kadang-kadang gurkah-gurkah politik di'port' ini rasa kesian juga dekat MP-MP kita, sebab kena 'pikiaq' macam-macam benda.

Jadi, untuk sidang kali ini gurkah-gurkah harap MP-MP kita ini dapat turun padang cari 'isu-isu' yang kontroversi sikit...baru syokkk nak berdebat nak menghentam masa dalam dewan nanti.

MP-MP kita dari parti Pakatan Rakyat mesti tengah sibuk mencari isu-isu yang akan digunakan untuk 'membedil' BN/umno, untuk menenembak Najib & The Gang.

Gurkah-gurkah pula mengjangka isu paling panas nanti mesti lah isu mami Ijat dengan NFC.
(Tak tau lah 'kain siapa nanti yang akan terlondeh')

Dalam kes ini MP-MP Barisan Nasional pun bukan lah bangang sangat. Mereka juga tentu boleh agak dan boleh jangka yang isu NFC ini akan menjadi 'peluru' dan mereka akan kena, jadi mereka juga sudah tentu bersedia untuk menahan serangan itu habis-habisan.

Tetapi apabila dua,tiga orang kawan-kawan gurkah-gurkah yang menjadi pembantu politik kepada beberapa MP untuk Barisan Nasional pula ketika dihubungi berkata yang boss-boss mereka tak pula ada buat perjumpaan sesama mereka untuk berbincang tentang sidang dewan rakyat yang akan datang ini. Tak tau lah kot-kot masih awal lagi.

Isu-isu panas dan berapi lain yang di ramal olih gurkah-gurkah yang akan memihak kepada Pakatan Rakyat ialah isu boucer buku 1malaysia, isu Lynas juga kita jangan lupa..

Kepada wakil-wakil kita dalam parlimen diucapkan 'selamat bersidang'.

dollah yankee -
Braheng Ali, tolong jangan tidor! Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment