suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 24, 2012

Cari 'X-factor',dapat kad merah!

PRU-13 yang kita semua dok tunggu tunggu, yang diramalkan akan berlaku pada bulan tiga ini, nampaknya tak boleh jadi daa... Sebabnya sampai hari ini 'X-factor' PRU-13 yang Najib sedang cari-cari, masih lagi tak jumpa-jumpa. Dan jika di-teruskan juga hasrat mahukan PRU-13 pada bulan tiga ni...alamatnya? Salamalaikom lahh BN, salamalaikom lahh umno !

Nak guna ETP (Plan Transformasi Ekonomi) dan segala macam transformasi yang dia perkenalkan masa ambil jawatan PM dulu sebagai 'X-factor' untuk menang PRU-13? pun tak boleh jadi! ,sebab orang-orang kampong yang dok bela lembu kambing, orang-orang yang dok 'motong' getah di felda-felda sana dan orang-orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan kota raya yang taraf hidup mereka di bandaraya ini  macam orang-orang kampong dan orang-orang felda tu semuanya pun bukan reti dan paham sangat lagi bab-bab dan hal-hal transformasi ni!

Macam mana nak dapatkan 'X-factor' ni disebalik isu-isu negatif  yang tebal seperti isu 'lembu-lembu' Sharizat dan pelbagai macam isu-isu lain yang besar yang sedang melanda BN/umno??

Najib tahu yang 'X-factor' yang dicari untuk adakan PRU-13 ia lah tak lain dan tak bukan 'Fulus Al'Mahfuz' perlu disumbat ke mulut rakyat atau pengundi.

Jadi, telah dijadualkan selepas wang sekolah 100 ringgit, voucher buku percuma untuk pelajar, BR1M 500 ringgit dan pelaburan 5 ribu ringgit, akan ada lagi insentif dan wang lain yang akan menyusul untuk disumbat kemulut kita semua bagi melihat sama ada 'X-factor' itu ada atau tidak.

Selain dari itu, kini Najib sedang meneropong dan memerhati dan membuat kajian sama ada kesan dan impak pembebasan Anwar Ibrahim boleh memberikan dia 'X-facotr' yang dicari-cari itu.

Setelah bulan tiga ini dilihat yang PRU-13 tak kan terjadi, gurkah-gurkah di'port' membuat analisis semula iaitu PRU-13 ini mungkin terjadi pada bulan enam, itu pun selepas keadaan politik kita nampak sedikit stabil dan sebelum keadaan ekonomi dunia yang lembab ini bertambah lembab. Jika tidak, kita semua kena tunggu sampai hujung tahun lahh...

dollah yankee -
'X-factor' yang di cari itu ada pada Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment