suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 04, 2011

Rumusan PAU 2011

Tamat sudah perhimpunan agung umno 2011, dan gurkah-gurkah politik di'port' telah merumuskan yang selama empat hari perhimpunan, perwakilan-perwakilan umno pada perhimpunan itu mula mengalami masalah 'eurology', iaitu yang berkaitan dengan saluran kencing dimana lelakinya mula terkencing dalam seluar dan yang wanitanya pula terkencing dalam kain.

Sebabnya selama empat hari persidangan itu mereka hanya bercakap tentang Anuar, tentang Lim Guan Eng, tentang Nik Aziz. Mereka hanya berbahas tentang Pakatan Rakyat, tentang PKR, tentang PAS dan tentang DAP daripada berbahas tentang isu mereka (umno/BN) sendiri.

Gurkah-gurkah ini juga kata yang mereka (para perwakilan) telah dan boleh berkata apa saja, ucap apa saja sebab ini ada lah negara demokrasi yang bebas bercakap. Bebas bercakap bagi mereka saja lah, orang lain pun boleh cakap tapi tak boleh cakap lebih-lebih. Orang lain kalau cakap lebih-lebih akan di-pasung seperti kata tukartiub.

Rakyat tidak ada masalah pada ucapan-ucapan dan kutukan-kutukan itu sebab rakyat hanya menunggu gendang perang PRU-13 di-palu, sebabnya bila tiba hari PRU-13 itu nanti, mereka-mereka yang bercakap dan berucap dengan berdegar-degar pada perhimpunan itu akan dah tak berapa boleh nak cakap dah...'speechless' kata orang putih, bila rakyat akan menggores kertas undi mereka yang akan menyaksikan seluruh BN tumbang.

dollah yankee -
Seronok lah para perwakilan tu.. tambang,makan,minum,tidor,BERAK...semua 'FREE'!
Masa nak balik... dapat pula 'envelope' !

No comments:

Post a Comment