suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 04, 2011

Lembu NFC duduk kondo,perwakilan wanita duduk dalam kandang lembu!

Bila Sharizat Jalil menggulung perbahasan penutup perhimpunan agung wanita umno tiga,empat hari lepas, segala TV, segala paper telah berjaya me'lembukan rakyat malaysia, wanita khususnya,  apabila dia telah di-lihat telah berjaya mengalihkan segala perhatian tentang kes merembat wang rakyat 250 juta untuk NFC.

Tetapi tahukah kita semua bahawa disebalik ramai perwakilan wanita yang bangun berdiri bertepuk tangan, bersorak-sorak macam 'beruk mak-yeh' ketika menyambut ucapan Sharizat tu, ramai juga perwakilan wanita yang mahukan dia 'berambusss'.

Ramai perwakilan wanita yang mahu  dia 'berambus' itu telah berkata yang dia kini telah menjadi satu liabiliti besar kepada umno dan dia perlu 'berambus' sebelum isu NFC itu memusnahkan mereka semua (wanita umno).

Memandangkan perwakilan-perwakilan yang hadir pada perhimpunan wanita itu semuanya terdiri daripada ketua-ketua dan pegawai-pegawai besar dalam parti, jadi mereka semua terpaksa diam dan jadi pak turut sebab bimbang takut hilang jawatan. Bila jawatan hilang, duit pun tak akan masyuukkkk lahhh...

Dia telah berjaya menggunakan wanita umno untuk berselindung disebalik isu NFC itu. Perwakilan yang ramai tu pula bukan nya semua bangang sebab isu itu bukanlah isu wanita umno tetapi ia adalah isu peribadi yang melibatkan dia, laki dia dan anak-anak dia.

Ramai perwakilan wanita pada perhimpunan itu begitu kecewa (tetapi tak berani nak cakap) kerana dia telah mengheret wanita umno masuk sekali dalam isu lembu NFC ini.

Ramai perwakilan wanita pada perhimpunan itu juga sebenarnya mahu dia menjelaskan isu itu kepada semua perwakilan agar mereka semua paham isu ini daripada cuba memancing sokongan dengan berkata skandal itu adalah perbuatan fitnah jahat Pakatan Rakyat untuk melemahkan wanita umno.

Nampak sangat yang perwakilan-perwakilan yang bangun berdiri sambil menjerit-jerit dan bersorak-sorak, terloncat-loncat macam 'beruk mak-yeh' tu tak pergi sekolah, kalau pergi pun mungkin sampai setakat periksa LCE saja sebab mereka tak tahu yang isu 'merembat 250 juta ringgit' ini sebenarnya adalah laporan dari Ketua Audit negara bukanya daripada Pakatan Rakyat. 

Sebenarnya perwakilan-perwakilan wanita yang berdiri bersorak dan menjerit-jerit itu memang bangang habis, sebab mereka langsung tidak tahu apa benda pun berkenaan dengan isu lembu-lembu NFC ini.

Memandangkan lembu-lembu NFC tu kandang mereka kini berada di-'super kondo one-menerung', jadi eloklah dan apa kata kita suruh perwakilan-perwakilan wanita ini semua pergi menggantikan tempat lembu-lembu tadi untuk duduk dalam kandang dan jadi lembu?? Sebab mperwakilan ini semuanya 'bodoh macam lembu'!. 

Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Nampak gayanya Pakatan Rakyat tak perlu kerja kuat untuk merambuskan Sharizat sebab dia akan di-rambuskan olih ahli-ahli dia sendiri ...

No comments:

Post a Comment