suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 27, 2011

Kapal selam tak boleh selam, kapal terbang tak boleh terbang !

Apo nak di kato, apo nak di buek..dah nasib kita, ada kapal selam tak boleh nak menyelam, ada pula kapal perang yang pernah berjalan 'gostan', hari ini pula keluar cerita yang ada kapal terbang tak boleh nak terbang pula! Bukan satu bah..tapi dua buah bah ! Apa laa punya malang, apa laa punya suwey !

Tak sampai pun 2 tahun beroperasi, kedua-dua kapal terbang 'dua alam' (darat boleh, laut pun boleh) itu terpaksa di-kurung dalam pagar dalam 'hangar' di Subang. Yang satu tu dah di-kurung sejak tahun lepas, manakala yang satu lagi dah masuk 8 bulan di-kurung (kalau lah kedua-dua buah kapal terbang itu kereta, dah tentu tak boleh pakai dah kereta tu. Nak kena 'major-overhaul' baru boleh berjalan).

Kedua-dua buah kapal terbang itu ada lah milik APMM (Agensi Penguatkuasa Maritime Malaysia), dan punca yang menyebabkan ia tak dapat terbang sebab APMM tak ada 'fulus', tak ada duit nak di-selenggara.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata, akhir sekali kedua-dua kapal terbang ini kalau tak jadi bahan tontonan di-muzium, ia mungkin akan jadi besi buruk dan mungkin di-jual 'timbang kilo', sebab terlalu banyak sangat perkara dan benda yang perlu di-buat untuk membolehkan ia terbang semula.

dollah yankee -
Agak-agak...berapa banyak duit yang telah keluar untuk beli 2 buah kapal terbang ini??

2 comments:

  1. ada komuter asyik rosak. negara lain beli lebih murah, negara kita beli lebih mahal. ada stadium, stadium runtuh, ada dewan, dewan rebak.
    memang dimana suwey dan sialnya negara kita,

    ReplyDelete
  2. Didunia tak boleh jawab...Diakhirat berdepan dgn rabulljalill...subhanalah tuan2.. mereka2 yg berpangkat dan membuat keputusan (Decision Maker)You all paham ke tak...nasib la rakyat M'sia ku ku...

    ReplyDelete