suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, December 07, 2011

Dia akan di terajang pada bulan 3 daaa...


Hisham si-tukar tiub telah bertanya DI-SINI ,bila kita nak berpilihanraya??  Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata dekat si-tukar tiub yang dia boleh lah anggap pilihanraya 13 ini macam lampu trafik. Ada tiga kaler merah,kuning dan hijau. Sebelum gerombolan berhimpun lampu dalam keadaan merah, iaitu berhenti. Jadi bila pihak gerombolan yang baru saja habis berhimpun, lampu yang warna merah tadi dah bertukar jadi warna kuning. Kuning ini maknanya kita kena bersedia untuk berjalan, tapi belum boleh jalan lagi. Jadi kesimpulannya kita kena lah bersedia dan tunggu.

Tunggu lagi?? Ya lahh ...tunggu ... sebabnya duit 100 ringgit untuk semua budak-budak sekolah baru saja di bagi, itu pun ada yang tak dapat lagi. Parlimen pula hanya akan di-bubar bila duit untuk satu keluarga sebanyak 500 ringgit, yang berpendapatan kurang dari 3,000 ringggit selesai di-bayar yang hanya akan mula di bayar pada bulan satu nanti.

Setelah di tolak, di-campur dan di-bahagi secara kiraan fizik, gurkah-gurkah ini telah meramalkan yang parlimen akan di-bubar pada pertengahan bulan dua bila pembayaran wang 500 ringgit untuk setiap keluarga ini selesai di-bayar sepenuhnya, dan tarikh mengundi pula ialah pada penghujung bulan tiga selepas 20 hari kempen.

dollah yankee -
Banyak sudah isyarat yang orang melayu sendiri yang akan menghumban gerombolan ini.

No comments:

Post a Comment