suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 25, 2011

BPR orang tak percaya,SPRM pun orang tak percaya !

Sebelum kena gasak dengan rakyat SPRM dah cakap awal lagi yang mereka tak akan siasat kes NFC. Tetapi selepas di-gasak hebat olih rakyat jelata, SPRM buat pusingan-u dan telah mengumumkan yang mereka telah menubuhkan satu 'team' khas untuk siasat kes itu.

Melihat kepada rekod-rekod dan sejarah-sejarah SPRM sebelum ini, gurkah-gurkah politik di'port' dan sekalian rakyat jelata rata-rata cukup tidak yakin yang SPRM mampu nak buat siasatan kes lembu 250 juta ini sampai ke lubang cacing.

Sampai hari ini Najib tetap jadi macam orang yang bisu, tak bercakap langsung, ukk tidak ekk pun tidak, baik pekara NFC atau pun tentang perkara Sharizat. Jadi bila SPRM kata mereka dah tubuh 'team' khas untuk kes ini, maka lagi bisu lahh Najib.

Gurkah-gurkah di'port' pun tertanya-tanya juga apa yang menyebabkan Sharizat Jalil pada 17 haribulan hari itu pernah kata pada satu program di Ampang yang, "pemimpin-pemimpin UMNO tidak ada masalah langsung dengan kes NFC ini, dan mana ada pemimpin dalam UMNO yang tiada ber'masalah??". Aikk!Pelik sangat bunyi nya.

Ada kah sebab itu Najib terus menerus membisu??

dollah yankee -
SPRM jangan nga-nga, jangan tidoq, kalau aku jadi Chief SPRM, aku akan panggil Sharizat dan tanya dia kenapa kata Pemimpin dalam UMNO tiada masalah dengan kes NFC ini dan juga kenapa dia kata yang mana ada pemimpin dalam UMNO yang tiada masalah??

 

3 comments:

  1. She ugut la tu,U touch me I touch you or u coret me I coret u.

    ReplyDelete
  2. In plain english,U coret me I coret u.

    ReplyDelete
  3. She said In plain English,u corek me I corek u.

    ReplyDelete