suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 11, 2011

Balai Polis Kerinchi yang ber'misteri...

Misteri bukan lah di-sebabkan yang balai polis ini ada hantu atau langsuir... tetapi...

Apa cerita terkini tentang nama seorang pengundi ini, Encik Balai Polis Bin Kerinchi nombor kad pengenalan RF161872 yang telah tersenarai sebagai seorang pengundi yang berdaftar dalam senarai pemilih berdaftar Suruhanjaya Pilihan Raya , yang tiba-tiba telah menjadi terkenal dan menjadi bahan berita politik yang cukup menggemparkan seluruh negara??

Ini memang benar, sebab nama Balai Polis Kerinchi dengan nombor kad pengenalan di-atas memang terdapat dalam senarai daftar pemilih SPR terkini yang akan di-gunakan pada pilhanraya umum ke-13 nanti.

Persoalannya, kenapa SPR tidak memberi respon kepada pendedahan ini?? Balai polis boleh mengundi kah?? Semakin SPR diam membisu, semakin sakit perut kita semua. Kenapa lah SPR ini suka sangat kepada kontroversi??

Nampak gayanya SPR ini memang tak pernah belajar. Kenapa rakyat turun ke jalan raya pada Bersih 2.0? Kenapa 'parliment select committee' di tubuhkan? Sebab nya rakyat sudah hilang kepercayaan kepada SPR !

dollah yankee -
ABU ... Asalkan Bukan Umno & As long as not Barisan,Umno

No comments:

Post a Comment