suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, November 30, 2011

Republik ka..publik bank?!

Blogger Abu Nawas...abang Din kata Republik ka Public bank??! Kah..Kah..Kah..

Kah kah kah..benda apa republik tu? Dengaq macam lagu Repulic Cinta Dewa la pulak. Macam mana negara ni nak jadi republik? Apa pasal pulak kalau dah jadi republik?



Dalam ramai2 yang dok dengaq Abang Din Sembab kata republik, berapa ramai orang umno yang tahu apa itu republik? Pakcik yang dok balut rokok daun kat Tanjung Pari Baling tau ka benda apa republik tu?


Makcik yang dok tunggu nak tengok gambaq Cinta Elysa tapi tiba2 muncul cerita Cinta Din Sembab kat TV3 semalam tau ka benda apa yang di katakan republik tu?

Ketua Pemuda Umno cawangan kampung aku tau ka apa dia republik tu.


Bekas awek aku yang kini dah jadi ketua puteri umno kat kampung aku tau ka kejadah apa Republik..kah kah kah.


Dulu kata komunis nak bikin negara republik, hari ni kata DAP pulak nak bikin republik. Hari hari mau tipu orang melayu dengan perkataan yang orang melayu pun tak tau benda apa yang di katakan tu.


Baru2 ni kata nak bikin wasatiyah.. bila Abu Nawas tanya orang umno benda apa wastiyah tu depa pun tak tau benda apa.


Ada orang kata republik tu adalah negara yang nak buang kuasa Raja. Bila masa pulak raja ada kuasa. Raja bercakap pun teks telah di sediakan. Raja cuma cakap apa yang di suruh bercakap. Ini buka raja.


Ada orang kata itu ada orang kata ini. Yang mana satu yang betul yang mana satu yang salah.


Sebenaqnya republik ialah perkataan yang nak kasi melayu takut dan terkejut. Kalau nak kasi melayu sokong mesti keluaq perkataan arab sebab orang melayu ingat bahasa arab semuanya baik baik belaka.


Kalau nak kasi orang melayu takut pulak mesti keluaq perkataan2 orang putih atau bahasa yang melayu tak paham tapi dengaq macam nak paham.


Maka bila orang melayu dengaq komunis, sosialis dan republik maka dalam kepala otak orang melayu akan terbayanglah yang mereka semua kena buat jalan keretapi macam zaman jepun.


Kalau keluaq perkataan arab macam wasatiyah. tarbiah, saksiah maka orang melayu pun ingat ni mesti kerajaan nak buat amal ibadat.


Kah kah kah..Republik kepala butuh kah kah kah

dollah yankee -
Steady lah Abu Nawas !!

1 comment: