suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 20, 2011

Koboi sudah mengamuk!

Elok sangat lah tuu..kalau dalam kes yang macam ini gurkah-gurkah di'port' kata
"ketua senang-senang,syok-syok makan isi, ahli-ahli dibawah makan kuah."
Jadi mahu tunggu apa lagi wahai ahli-ahli wanita umno?? humban saja Sharizat ini ke laut, kalau tak ada laut, Sungai Kelang saja, kalau Sungau Kelang pun jauh, humban saja dia ke dalam longkang pun boleh!

Pengakuan Mohamad Salleh Ismail, CEO NFC mengesahkan ada unsur-unsur penyelewengan wang rakyat RM250 juta dalam skandal NFC. Anugerah projek ini kepada syarikat milik keluarga Shahrizat juga ada elemen penyelewengan . Mengakui NFC tiada kepakaran dan pengalaman mengendali projek lembu dan pinjaman RM250 juta kepada NFC dengan tidak disertakan jadual pembayaran dan tiada 'escape route' atau plan B dipihak kerajaan . Kalau beginilah keadaan yang sebenar, dah sah kerajaan Malaysia sudah kena main dan kelentong dengan Shahrizat dan keluarga.

Siasat jangan tak siasat. Rakyat Malaysia akan menyaksikan temasya yang lebih hebat daripada PRU-13 bagaimana gerombolan UMNO akan berhempas pulas 'gila-babi' menyelamatkan kuncu-kuncu mereka dalam UMNO dalam kes lembu ini. Apa kah perkara seperti ini selalu terjadi dalam negara kapitalis macam Malaysia? Kalau di negara China, dah sah yang terlibat dalam kes-kes macam ini akan kena tembak.

Kita cukup bernasib baik kerana masih ada lagi orang-orang yang jujur, masih ada lagi orang-orang yang baik yang telah mendedahkan perkara lembu Sharizat ini, kalau tidak dah tentulah mereka akan menyapunya di-bawah karpet, siapa pun tak tahu.

Laporan dah di buat, menteri-menteri pun dah mula bincang, bincang macam mana nak 'pusing' atau bincang macam mana nak 'kau-tim' pun tak tau lahh. SPRM pula dah pass 'bola ini' dekat polis. Polis pulak nak pass 'bola tu' dekat siapa pun tak tau lagi, sebab kita belum lagi dengar. Yang kita tahu, sekarang ini 'bola itu' masih lagi di-kaki polis.

Kalau lah siasatan ke-atas NFC, (NFC saja ke?? how about Sharizat??) mendedahkan tidak ada kepincangan, tidak ada penyelewengan, tidak ada unsur dan elemen jenayah pecah amanah, gurkah-gurkah di'port' ingin menyarankan kepada semua penuntut-penuntut yang telah mengambil pinjaman daripada PTPTN supaya jangan gunakan pinjaman ini untuk membayar yuran-yuran universiti atau kolej tetapi laburkan duit pinjaman itu ke dalam pasaran saham. Anda boleh terus belajar di universiti, jika pihak universiti singkir dan buang anda dari universiti sebab tak bayar duit yuran, anda lawan di 'court'. Gunakan kes lembu Sharizat ini sebagai kes contoh untuk mempertahankan diri anda.

Setakat ini kita telah menyaksikan bagaimana berbuih mulut Noh Omar bercakap. Kita ingatkan dia nak bertindak macam mana nak menangani hal penyelewengan lembu ini, rupa-rupanya mulut dia berbuih sebab sedang cuba melepaskan jerut dilehernya.

Apa pun alasan yang diberi seperti penjelasan akuan khas, akaun NFC, hak syarikat dan lain-lain lagi, gurkah-gurkah kata ia tetap satu penyelewengan 'COW-Gate'.

dollah yankee -
Teringat adegan dalam filem Keluarga 69. P.Ramlee kata.."cabut! koboi dah mengamuk"
Kah..Kah..Kah..

1 comment: