suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, November 22, 2011

Kami mahu motor !!!

Dalam satu 'walk-about' pemimpin umno/BN di satu kampong, telah bertanyakan masalah-masalah yang di hadapi olih orang-orang kampong.

Pemimpin umno/BN: Sekarang apa yang orang kampong di sini mau??Apa yang tak cukup lagi??

Orang kampong: Kami tak mau apa-apa Tan Sri, semua dah okey cuma cukup lah kalau boleh bina tempat menunggu bas untuk senang orang-orang kampong. Tak perlu berpanas dan berhujan semasa menunggu bas untuk ke pekan dan ke mana-mana...

Dua minggu selepas pertemuan itu,
bus stop pun siap, cantik pulak tu.
TETAPI ...

Perhidmatan bas di lima negeri ditamatkan, berpuluh ribu orang dijangka terkandas

22 November 2011

KUALA LUMPUR, 22 NOV – Berpuluh ribu orang akan terkandas jika masalah perkhidmatan bas berhenti-henti di Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang yang telah dan sedang dalam proses untuk ditamatkan, tidak ditangani segera oleh kerajaan.

Pengumuman menamatkan perkhidmatan itu telah dibuat oleh syarikat Konsortium Transnasional Berhad-Cityliner.

Persatuan syarikat-syarikat bas, iaitu Pan Malaysian Bus Operators Association, juga telah memberi amaran bahawa 17 syarikat bas berhenti-henti akan memansuhkan 80 jalur perjalanan melibatkan 400 buah bas.

“Krisis ini jika tidak ditangani dengan segara akan mengakibatkan berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia terkandas dan mengalami kesulitan yang tidak terhingga,” kata Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Beliau berkata krisis perkhidmatan bas sebenarnya bukan saja melibatkan sektor bas berhenti-henti sahaja kerana bas jarak jauh yang kerap kali terlibat dalam kemalangan dan syarikat-syarikatnya yang mengalami masalah kewangan juga menghadapi kesulitan yang perlu ditangani dengan segera sebelum berlaku sebarang tragedy.

“Oleh itu, saya menggesa Dewan Rakyat supaya mendesak Jemaah Menteri menggubalkan dasar baru untuk perkhidmatan bas secara umum dan menyelesaikan krisis penamatan perkhidmatan bas berhenti-henti,” tambahnya.

Bagaimana pun, Liew kecewa kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam telah menolak usul khas beliau untuk membahaskan krisis penamatan perkhidmatan bas berhenti-henti di Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Pahang.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat menolak usul saya dengan alasan bahawa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengambil langkah-langkah segera dengan mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha bas yang memberhentikan perkhidmatan bas.

“Saya merasa kecewa terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana tidak memberi peluang kepada wakil rakyat membahaskan perkara ini yang berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan,” katanya. – Roketkini.com

dollah yankee -
Rakyat di-dahulukan??Kalau betul..bagi laa kat kami motor.
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment