suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, November 02, 2011

Dapat permit untuk merempit!!!

Hebat..! memang hebat mat-mat rempit yang berdemo di depan dewan undangan negeri Pulau Pinang kelmarin dulu. Sebabnya Lim Guan Eng yang gurkah-gurkah kata jenis yang 'rebus tak hempuk,bakar tak hangus' ini sebelum ini tak pernah ada rasa takut untuk berhadapan dengan sesiapa saja dalam perjuangan politik beliau termasuklah berhadapan dengan kepala-kepala gangster yang ada dalam pulau ini, tetapi Lim Guan Eng memang ada ketar sikit dengan mat-mat rempit ni pada hari itu.


Gurkah-gurkah di'port' bukan lah nak tabik pada mat-mat rempit ni, tetapi lebih kepada nak bagi penerajang sebab tak boleh pandang dan meluat sangat-sangat.


Setelah gurkah-gurkah meneliti rakaman video yang di tunjukkan, memang tak salah lagi bila Guan Eng kata pihak pembangkang @ umno memang ada kaitan dalam demo mat rempit ini bilamana gurkah-gurkah ini telah berjaya mengecam agak ramai juga ahli-ahli pergerakan pemuda umno dari cawangan-cawangan dalam demo itu.


Gurkah-gurkah kata demo yang bising dan menyakitkan mata itu cukup pelik dan begitu teratur perancanganya. Hairan laa juga sebab yang gurkah-gurkah tau...kebanyakan mat-mat rempit ni yang akal agak kurang, dan banyak yang gagal dalam ujian untuk mendapatkan lesen L, tetapi dengan seramai 200 - 300 orang ini telah berjaya pusing-pusing di tengah-tengah pusat bandar, di tengah hari buta, lalu pula di depan headquarters polis dan polis tak buat apa-apa pun bahkan mereka pula tolong jaga mat-mat rempit ini.


dollah yankee -
Minta litar lumba konon! esok-esok kalaulah Guan Eng litar lumba, hangpa rasa depa nak merempit kat litar??

1 comment:

  1. kesian melayu (umno) pp.dah miskin bodoh pulak tu.beria-ria nak jatuhkan dap dan guan eng. dan kalau dap jatuh sekali pun tetap cina gerakan jadi cm. melayu umno melopong jugak...kesiaaaannn...

    ReplyDelete