suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, October 19, 2011

Magik! pengundi Penang naik mendadak

Berikutan dengan dakwaan yang mengatakan lebih daripada 1,500 orang penduduk tetap yang telah di-benarkan untuk mendaftar dengan SPR sebagai pengundi-pengundi baru, gurkah-gurkah di'port' di-sini juga pun terkejut juga bila ada sahabat telah mendedahkan bahawa pengundi-pengundi yang baru di-daftar di Pulau Pinang juga telah naik mendadak dan macam tak percaya yang tiga bulan kebelakang ini dekat-dekat 32,000 orang telah mendaftar atau dan telah di-daftarkan sebagai pengundi baru.

Statistik pengundi-pengundi yang naik secara mendadak ini amatlah membimbangkan gurkah-gurkah di-mana ia berlaku hampir di semua kawasan dalam negeri Pulau Pinang.

32,000 orang?? WOW!!! peningkatan angka ini pasti akan membuatkan mata rakyat semua akan terbeliak. "Is something fishy going on??" tanya satu gurkah.

Menurut sahabat ini lagi dalam 32,000 pengundi baru yang di-daftarkan itu, 3,958 pengundi baru telah di-masukan atau telah di-daftarkan di-dalam DUN N15 Padang Lalang, 3,178 pengundi di DUN N34 Paya Terubong dan 2,531 pengundi baru telah di-tambah dalam DUN YB Malik Kasim iaitu kerusi N37 Batu Maung. Kawasan Malik Kasim juga telah  bertambah dengan 1,400 undi pos.

Yang menjadi pelik dan ajaib ialah kawasan-kawasan yang di-wakili olih wakil-wakil rakyat dari BN tak pula menunjukan peningkatan yang gila-gila ini.

Ada seorang gurkah yang mendapat upah yang kerjanya untuk meng'saiko' kepala otak orang ramai pula berkata, kalau setakat 10,000 pengundi baru itu adalah biasa, tapi kalau dah sampai tiga kali lipat punya banyak, adalah sesuatu yang mengarut  dan mereka mengsyaki ada sesuatu yang tak kena. Dan ada pula mulut 'laser' seorang gurkah yang kata,  " ini sudah nampak macam BN nak cuba main tipu daaa! ".

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. buat lah macam mana pun...perjanjian sudah termetrai, 1 penggal lagi untuk DAP/PR

1 comment:

  1. DAto Ali yg duduk rumah besar kat Free School jadi ajen buat IC PATI.

    ReplyDelete