suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, October 01, 2011

Hukum hudud: Kalau tikam ekor,apa hukuman??

Dalam kes yang dibawah ini, kadang-kadang gurkah-gurkah di'port' rasa 'undang-undang hudud' tak semestinya di perlukan kerana mereka telah pun dihukum dengan serta merta ...

Dalam kejadian ini satu 'group' kawan-kawan baik lagi 'kam-cheng' dari Tikam Batu,Kedah nasib baik tak mati semua, cuma satu orang saja yang mati. Mereka ini adalah insan-insan yang 'kaki nombor ekoq'. Tersebar lah cerita mengatakan yang salah seorang dari mereka ini telah kena nombor ekor pada cabutan 'special' hari rabu lepas, banyak mana yang kena pun tak tau lah, tapi diceritakan lagi olih orang yang banyak juga laa yang kena.

Apa lagi? Yak..Yak..Yehh.. laa, macam P.Ramlee kata "Raya hindu aku!". Jadi mereka telah mengambil kesempatan untuk 'enjoy' duit tu di Penang. Dah nama pun 'enjoy' @ 'raya hindu' dengan duit haram, apa lagi? mabok-mabok mesti ada punya, pompuan sikit, kalau yang 'kaki dam' tu, mesti kepala penuh punya. Baru rancak nak 'enjoy'!.

Akibat terlebih botol, maklumlah...duit buta!, sampai cari jalan nak balik ke-Tikam Batu pun tak jumpa, maklumlah jam pulak dah dekat-dekat pukul 2 pagi, kepala pula pening!. 

Apalah malang nasib mereka bila mereka telah tersilap jalan dan telah memasuki jalan yang menuju ke dermaga dalam pelabohan pulau pinang di Bagan Dalam, dan penghujung dermaga itu adalah laut.

Nasib baik 4 dari mereka sempat di-selamatkan olih anak-anak kapal sebuah kapal yang sedang berlabuh memunggah kargo, manakala pemandu telah tenggelam bersama-sama dengan kereta itu.

Melihat kepada kejadian ini, gurkah-gurkah di'port' telah merumuskan yang pemandu yang terkorban itu lah yang telah kena nombor ekor ini, sebab dalam lima orang itu, dia yang telah di-hukum. 
Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Hari ini punya 'draw' nombor kereta itu 1227, telah menjadi nombor taruhan olih kaki-kaki nombor ekor yang telah melihat operasi menyelamat yang di-jalankan olih bomba dan apmm.

No comments:

Post a Comment