suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, October 07, 2011

Bajet 2012: PR punya lebih di-yakini

Pakatan Rakyat punya alternatif bajet untuk 2012 ialah 220 bilion. Barisan Nasional punya pula dekat-dekat 233 bilion. Gurkah-gurkah di'port' pun dok agak dah yang bajet BN akan lebih dalam 12 - 13 bilion dari PR punya sebab Najib nak tunjuk yang dia lebih baik dari Anwar.

Defisit dalam bajet BN ialah 4.7 peratus, manakala defisit bajet alternatif PR pula ialah  4.4 peratus. Gurkah-gurkah ini kata lagi ini bermakna pakar ekonomi dalam PR lebih cerdik dalam hal penjimatan wang negara dan juga selama ini pun BN tak pernah mampu untuk mengurangkan defisit lebih rendah dari 4.4 peratus.

Gurkah-gurkah di'port' yang pernah cuba nasib jadi tokey 'labu peram' dan 'pak man telo' telah menjangkakan yang pertumbuhan ekonomi pada 2012 nanti ialah sekitar 3.5 hingga 4.5 peratus sahaja walaupun pakar-pakar ekonomi negara kita yang sokong BN suruh Najib kata dekat rakyat yang tak tau apa-apa ni pertumbuhan adalah sekitar 5 hingga 6 peratus. Mangkuk-mangkuk pakar ekonomi yang dok hisap peliaq Najib ni tak perasan kot yang ekonomi dunia telah di-ramal akan perlahan? (Sampai Steve jobs pun mati terkejut sakit jantung bila baca ramalan ekonomi dunia untuk tahun depan. Kah..Kah..Kah..)

Dalam perkara lain kalau BN mampu mengumumkan belanjawan yang lebih 12 - 13 bilion lebih tinggi dari belanjawan alternatif PR, jadi kenapa BN perlu mempersoalkan sama ada PR mampu atau tidak untuk melunaskan janji 220 bilion ini?? Gurkah-gurkah kata lagi...tentu lah PR mampu melunaskannya sebab bajet alternatif dari PR adalah lebih baik.

Akibat perbezaan jurang defisit ini lah yang gurkah-gurkah kata telah membuatkan Najib mengumumkan perbelanjaan yang jauh lebih besar sehingga mencecah 233 bilion, dia tak mau kalah dengan Anwar yang hanya umum 220 bilion.

Gurkah-gurkah kata lagi...apa cukai pula Najib nak pekena kita nak tampung belanjawan 233 bilion ni. Yang pasti gurkah-gurkah kata GST sedang dok tunggu kita lepas PRU nanti.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah nampak bajet alternatif 2012 PR lebih meyakinkan mereka. 

No comments:

Post a Comment