suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 06, 2011

Badan akan naik 'kurap' kalau mandi kat PD..Kah..Kah..Kah..

Setelah empat hari ber'retreat' di Pantai Port Dickson, pantainya telah di-ibaratkan olih gurkah-gurkah di'port' seperti seekor angsa yang bertelurkan emas telah mati di-bunuh akibat kegilaan pembanggunan yang melampau.

Gurkah-gurkah ini semua masih lagi ingat dengan begitu jelas sekali bagaimana indahnya pantai ini pada sekitar tahun 80an dulu. Kini semuanya telah hilang, sudah tidak seperti dulu lagi yang mana pantainya begitu bersih sekali dan air laut pula begitu jernih, dan selama empat hari di Port Dickson, gurkah-gurkah ini semua nak berenang pun tak berani. Takut kulit rosak sebab gurkah-gurkah nampak sendiri bagaimana paip-paip saliran kumbahan dari hotel-hotel yang berdekatan mengalir terus masuk ke laut bila air laut surut..Kah..Kah..Kah..

Kita semua kena ingat yang rakyat-rakyat yang tinggal di bandar-bandar berdekatan datang ke Port Dickson hanya lah kerana ingin melihat dan menikmati keindahan panorama pantainya. Suatu ketika dulu kalau kita bercakap tentang 'tourist' di Port Dickson, kita bermaksud 'tourist' dari Eropah dan Jepun. Dan selama empat di-sini, gurkah-gurkah tak nampak pun batang hidung 'tourist' luar datang bertandang ke pantai ini. Mungkin kerana 'word of mouth is the best form of advertisement' yang menyebabkan 'tourist' ini semua sudah lari ke pantai-pantai lain di negara kita.

Jangan kata 'tourist' dan orang luar yang datang ke pantai ini akan memberikan komen-komen yang negatif mengenai pantai ini, gurkah-gurkah juga telah membuat komen yang sama bila kawan-kawan lain bertanyakan "How is PD??". "PD?? alamak teruk lahh.."

Lagi satu yang menyakitkan mata ialah gerai-gerai yang menjual makanan di batu 8 Pantai Telok Kemang yang merupakan kawasan yang paling terkenal di sepanjang pantai ini, sehinggakan ada lirik lagu telah di tulis tentang pantai Telok Kemang. Bukan saja gerai-gerai itu begitu kotor tetapi kerusi dan meja yang pelanggan dan pelancong nak duduk juga dah boleh 'scrap'. Begitu juga dengan tikus-tikusnya yang begitu aktif dan berlari-lari kegirangan juga begitu sihat dan gemok-gemok pulak tu.

Apa-apa hal pun, kalau kita sebut Port Dickson, orang hanya akan terbayangkan pantainya. Jadi buat lah sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan pantai Port Dickson.

dollah yankee -
I love sea

No comments:

Post a Comment