suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 18, 2011

Semakin bangsat!

Kalau lah kita masih mahu membiarkan BN/umno terus memerintah, atau kita semua terus memangkah 'kati' pada pru-13 nanti, jangan terkejut kalau gurkah-gurkah di'port' kata tidak lah mustahil pada satu hari nanti bakal PM negara kita pada asalnya adalah seorang imigran haram yang telah mendapat keampunan dalam program 6P, yang kemudiannya telah mendapat hak untuk mengundi, yang datang dari Dhaka,Bangladesh. Kemudian PM ini akan menukar slogan 1Malaysia kepada 1Asia.
Kah..Kah..Kah..

Ini lah yang uniknya slogan 1Malaysia selepas Malaysia Boleh!, dan Ibrahim Ali pun jangan lah terkejut kerana presiden Perkasa juga pada satu hari nanti mungkin ada lah imigran Bangladesh yang kahwin dengan perempuan Indonesia.

Kalau program penganugerahan kerayakyatan ini pernah berlaku dan berjaya dilakukan di Sabah untuk imigran-imigran dari Filipina, tak kan tak boleh berjaya di Semenanjung?? 

Dan yang paling menarik ialah bila suatu hari nanti juga anak-anak melayu kita akan kerja dan jadi 'kuli' dengan dan bertuankan seorang bekas imigran dari Bangladesh atau Indonesia.

Gurkah-gurkah di'port' sampai hari ini masih lagi tertanya-tanya bagaimana imigran-imigran ini begitu mudah sekali mendapat taraf kerayakyatan dan hak mengundi seperti yang di-dakwa oleh blog perdana menteri Bangladesh yang telah di-buang posting nya itu.

Memang tak salah seperti apa yang di-dakwa olih parti PAS sebelum ini...memang 'haram-jadah' punya kerajaan.

Hishamudin Auwwww..pulak kata apa? "Kerajaan BN/umno tidak begitu terdesak hingga perlu memberikan taraf kerakyatan dan hak mengundi semata-mata mahu meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihanraya 13 akan datang". Gurkah-gurkah tanya balik pada Hishamudin, "tidak begitu terdesak? Jadi kalau terdesak?? 'kerja gila' macam ini boleh berlaku laa..??!".

Maka teringatlah juga gurkah-gurkah diport' ini bagaimana British telah mencekik Tunku dengan mengarahkannya mengiktiraf imigran-imigran dari Cina dan India sebagai syarat kemerdekaan negara.

Jawapan dari kerajaan BN/umno dalam perkara ini tidak langsung memuaskan hati rakyat. Pihak kerajaan kena bagi jawapan yang tepat. Jika ini lah caranya untuk mengekalkan kuasa, gurkah-gurkah berani kata yang negara kita akan hancur dan bangsa kita akan merempat di bumi sendiri. 

dollah yankee -
Untuk orang-orang yang masih setia dengan BN/umno,anda nilai lah sendiri dengan 'akai' yang ada... 

No comments:

Post a Comment