suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 27, 2011

Indek jenayah VS hukum hudud


Sebenarnya persoalan hudud di Malaysia ini sememangnya cukup rumit, tapi tidak ada salah jika kita coba mulai kembali. Gurkah-gurkah di'port' berharap semoga suatu hari nanti Malaysia, Indonesia, Brunei dan negara islam lainya mampu menerapkan hukum hudud ini.

Kedua-dua gambar di bawah adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu



Boleh kah kita bayangkan jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV. Agak-agaknya beranikah lagi bakal pencuri,perompak,penyamun ingin melakukan kerja-kerja tersebut. Beranikah bakal perogol,penzina dan pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan?


Nah! itulah yang indahnya Islam. Dan itulah hukuman yang telah Allah tetapkan untuk seluruh umat manusia dimuka bumi ini. Jelas dinaskan di dalam Al'Quran. Sungguhpun nampak seperti kejam dan tidak bertamadun namun untuk melaksanakannya juga amat susah kerana memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan perkerjaan tersebut.


Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah, aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara 'drastik'. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.


Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai dan rumah-rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir beratus-ratus kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.


Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan 'minit'. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka 'sombong'. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi.

dollah yankee -
AllahhuAkhbar!!!

1 comment:

  1. Kalau ada jenayahpun mungkin di kalangan bukan Islam je... sebab mereka tak tertakluk pada hudud.

    Bukan anak dara dan teruna je yang takkan berkepit, suami dan isteri pun takkan berlaku curang... nak mampus jika dibukti bersalah melakukan zina bakal direjam dengan batu di khalayak ramai.

    ReplyDelete