suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 14, 2011

Tanah Melayu, tapi cina punya!

(1)
Elok! memang elok sangat-sangat. UMNO yang sejak setahun dua ini yang sedang cuba mengorat parti PAS untuk bergabung atas nama melayu mesti bersatu, jika tidak melayu akan hancur! Manakala DAP pun sedang mengorat parti Gerakan agar Gerakan keluar dari ikatan BN demi cita-cita dan harapan tok nenek moyang mereka iaitu 'Penang milik cina punya'.

Manakala bagi puak-puak cina pulak sudah nampak yang cina juga perlu bersatu padu dan hanya melalui gabungan ini saja yang akan tunjukan kekuatan mereka. Olih itu kebanyakan yang ada dalam parti Gerakan seboleh-bolehnya mahu bersama-sama dan bersatu dengan parti DAP demi nama bangsa cina, tetapi halangan sekarang hanya lah Koh Tsu Koon,Presiden parti Gerakan yang masih lagi mahu setia bersama dengan BN.

Olih itu serangan terhadap Koh Tsu Koon olih taikun-taikun cina Penang ini akan berterusan dan tak akan berhenti sehingga dia turun atau diturunkan, kerana jika dia masih ada bermakna harapan dan cita-cita 'Penang for Chinese' tidak akan tercapai.

(2)
Anak-anak melayu bersedia lah dari sekarang kalau tak mahu jadi pengemis di tanah tumpah negara sendiri. Kalau anak-anak melayu kita tidak mahu menunjukan minat mereka untuk belajar dan mendapatkan pendidikan yang sempurna lagi baik, maka jadi lah mereka pengemis atau barua, atau hamba kepada cina-cina dan hindu-hindu di dalam Tanah Melayu. Sebabnya? hanya yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi saja yang akan 'hidup' dalam negara kita sedikit waktu lagi.

Sebabnya??

Sebabnya ialah...14 Taikun-taikun cina Malaysia akan bersatu mengeluarkan wang untuk cuba mendapatkan Da Mai Cai atau Pan Malaysian Pool atau judi kuda dari Ananda Krishnan dengan tujuan menjadikan entiti ini sebagai tabung duit dalam memberi dan membantu pendidikan kepada anak-anak cina dan anak-anak hindu dengan setiap keuntungan daripada pertaruhan yang dimainkan olih rakyat Malaysia akan disalurkan kepada semua sekolah-sekolah cina dan sekolah-sekolah hindu yang ada dalam Malaysia ini.

Pheww..!boleh bayangkan setiap keuntungan?? Berapa banyak tuu?? setiap minggu sahaja berpuluh dan beratus juta. Wow..! nampak gaya sekolah-sekolah cina dan hindu ini tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan semata-mata. Mereka akan punya wang yang cukup banyak untuk memberikan pendidikan yang sempurna. Anak-anak cina dan anak-anak hindu ini juga pasti tidak perlu bimbang jika tidak ada wang mahu melanjutkan pelajaran atau sebagainya.


dollah yankee -
Habis lah kita...Cina nombor 1, Hindu nombor 2, Pendatang-pendatang Indo,Bangla dll nombor 3, melayu? last sekali...

2 comments:

  1. Dah lama dah melayu jadi pedatang dalam negara sendiri. ini kerana UMNO yang bagi semua kepada cina. ini kerja - kerja umno tak kan ini pun tak nampak.kalau nak di senaraikan terlalu banyak.kenapa lah umno ni kerana dah hacur segala nya baru ingat melayu perlu bersatu mari bersatu atas dasar ini.

    ReplyDelete
  2. izinkan saya copy & paste artikel ini kadalam blog saya....salam sejahtera!

    ReplyDelete