suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, August 20, 2011

AKU MAHU MENCARI!

Ahhh...cepat benar rasanya Ramadan tahun ini. Hari ini sudah hari ke-20 kita semua menjalankan ibadah ini, dan dengan tinggal hanya 10 malam terakhir untuk ke penghujungnya. Pada malam 10 terakhir ini lah Al'Quran telah di-turunkan dari Loh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah.

Nabi Muhammad SAW, biarpun tidak pernah melakukan dosa, biarpun telah di-janjikan syurga olih Allah  SWT, namun ketika 10 malam terakhir ini baginda beritikaf memperkemaskan diri dengan bersembahyang, bertahjud, berzikir, bermunajat. Nampak bagaimana baginda mencari? baginda bukan menunggu.

Rasulullah SAW dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas di dalam sabda baginda: “Carilah Malam Al-Qadr itu pada malam ganjil ketika 10 malam terakhir” Hadith Sohih riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW dengan terang dan jelas menyatakan: “Carilah”.

Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluh malam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr? Semestinya tidak.Tetapi untuk yang lip lap lip lap?

Ternyata, 10 malam terakhir itu yang akan ada satu malam yang di namakan malam Lailatul Qadr hanya untuk hamba Allah yang benar-benar bersungguh-bersungguh berusaha mencarinya

dollah yankee -
Kini punya banyak masa, dan akan cuba menghabiskanya dengan MENCARI Al'Qadr ini!



No comments:

Post a Comment