suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 04, 2011

Tuuu..diaaaa..!!!

"Orang Malaysia banyak takut sama polis..! Kita punya negeri, balai polis pun kita orang bakar wooo..!" teringat kata-kata seorang pendatang Bangladesh.

"Aikk?! sejak kecoh dengan perhimpunan Bersih 2.0 nie...you senyap saja". Seorang gurkah politik di'port' telah meng'sms' sahabatnya yang merupakan bekas Ketua satu cabang AMK. " Aku takut kena tangkap!" itu jawapan yang telah di-terima.

Tuuu diaaaa...selama 50 tahun kita semua telah di-ajar dan di-didik berkenaan dengan polis negara kita. Gomen dan polis kita pun tahu yang banyak rakyat kalau sebut nama polis banyak yang fobia, banyak yang kalau boleh mahu mengelakan diri dari berurusan dengan polis.

Selepas menyedari yang perhimpunan Bersih 2.0 tetap akan berjalan dan ramai  rakyat yang sedang menunggu lagi 6 hari untuk turun ke jalan raya, mereka mula mainkan isu tentang penjara, ISA, denda untuk menakut-nakutkan rakyat, dan ternyata ada keberkesanannya bila gurkah tadi telah menerima jawapan sms dari sahabatnya itu.

Bersih 2.0 kini ada lah satu pertubuhan haram. Barang siapa yang mengambil bahagian pada perhimpunan 9 julai nanti boleh di-tangkap, di-penjara dan di-denda. Sehingga kini sudah 150 orang telah di-tahan,di-tangkap dan akan di-sabitkan dengan kesalahan akta hasutan. Dan polis akan terus berusaha untuk menangkap yang lain-lain yang di-syaki ada hubung kait dengan penganjuran itu nanti.

Jadi gurkah-gurkah politik di'port' ingin sangat mengingatkan agar orang melayu perlu ubah pemikiran mereka sebabnya orang melayu memang suka berfikiran negatif, belum berniaga dah kata yang tak boleh untung macam tu juga lah kalau nak menentukan pemerintah, Pakatan Rakyat belum pun di-beri kuasa memerintah di-Putrajaya sudah di-katakan PR tidak mampu. orang-orang melayu kena buat satu anjakan pardigma, kena ubah sikap berfikiran negatif kepada positif dan kena beranikan diri mencuba sesuatu yang baru.

BN tahu yang mereka akan kena teruk pada PRU-13 nanti, sebab itu lah mereka memainkan isu-isu menggugut yang boleh menakut-nakutkan rakyat, sebab itu lah juga mereka menimbulkan bermacam-macam hal untuk meng'saiko'kan kepala otak kita.

Gurkah-gurkah juga mempunyai perasaan yang sangat kuat yang mana penganjur perhimpunan Bersih 2.0
ini tidak akan gentar dengan seribu ugutan kerana mereka tahu yang satu juta rakyat akan menyokong mereka di-belakang.

Mereka yang anti dengan perhimpunan Bersih 2.0 ini sebenarnya tidak paham dengan tuntutan Bersih 2.0. Faham lah dulu tuntutan Bersih 2.0 itu kemudian baru lah buat bantahan.

SPR pula walaupun gurkah-gurkah tahu yang mereka bukan lah jujur dan amanah 100 persen, tetapi tetap berharap agar mereka akan men-transformasikan integriti mereka kepada yang lebih bebas.

dollah yankee -
PERKASA dan PESAKA pula, kalau betul-betul anda hebat apa kata anda bawa satu batalion menyertai misi keamanan dan kemanusiaan di Gaza daripada nak bergaduh dengan bangsa sendiri...baru lah orang boleh suspect!...ooppps sorry..bukan suspect tapi respect daaa...

3 comments:

  1. perkasa dan pesaka nak dihantar kegaza? jgn kasi lawaklah bro,dengar itu saja pun semua anu dan batu-batu mereka sekali masuk kedalam. mereka mana faham jihad. jihad mereka hanyalah menjilat buntut umno.

    ReplyDelete
  2. bro,... lu jgn buat gua marah... lu lawak apa? lu ingat boleh main-main dengan itu PERKASA, PESAKA? lu dah buat gua marah sebab lu buat LAWAK MARAH...! eeeeeeeee.... takuuuuutttt..!

    ReplyDelete
  3. Ini apa yang aku faham dari Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

    Jika dilihat kepada situasi terkini, dengan hadirnya titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, matlamat Himpunan BERSIH 2.0 dapat dikatakan telah mencapai matlamatnya. Cuma memorandum rasmi sahaja tidak di tangan Seri Paduka namun sememangnya di dalam pengetahuan Baginda. Matlamat kita untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 adalah untuk mendapatkan perhatian Seri Paduka bagi menzahirkan hasrat rakyat di Malaysia yang ingin agar SPR dapat mewujudkan pilihanraya yang adil dan telus di dalam hakikat yang sebenar. Dengan titah dari Seri Paduka secara tidak langsung Baginda sememangnya telah sedia maklum akan kegusaran kita tentang ketidaktelusan dan ketidakadilan SPR.

    Titah Seri Paduka juga secara tidak langsung telah menempelak tindakan zalim dari kerajaan Barisan Nasional yang cuba menghalang hasrat rakyat untuk mendapat perhatian Baginda. Titah Seri Paduka juga turut menghendik salah laku kerajaan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa dan pentafsiran undang-undang secara salah oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Lebih memalukan, Baginda turut menasihatkan kerajaan di bawah Perdana Menteri agar lebih bijaksana dan adil dalam setiap tindakan yang dilakukan. Ini bermakna, Seri Paduka tidak menggemari tindakan kekerasan dan penipuan kerajaan Berisan Nasional yang dilihat kurang bijaksana dan adil dalam urusan pentadbiran kerajaan.

    Titah Seri Paduka dilihat tidak menyalahkan Himpunan BERSIH yang ingin diadakan memandang himpunan ini adalah sebahagian intipati yang dibolehkan bagi sebuah negara demokrasi berparlimen, di dalam hak untuk bersuara, berkumpul dan bergerak di serata pelusuk negara. Walau bagaimanapun tidak dinafikan Seri Paduka dilihat gusar terhadap kebarangkalian buruk yang berlaku jika Himpunan BERSIH 2.0 terus diadakan. Ini memandangkan terdapat dua kumpulan pelampau yang sebelum ini dengan sengaja cuba mencetus provokasi dalam dalam menggugat Himpunan Aman yang ingin dilakukan oleh rakyat, selain oleh pihak agensi kerajaan sendiri angkuh menutup pintu rundingan selain melakukan kekerasan dan tangkapan atas alasan pencegahan walaupun secara nyata melanggar undang-undang. Ini menyebabkan titah Baginda terungkap, 'Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.' yang bermakna Seri Paduka memahami niat baik Himpunan BERSIH 2.0 diadakan.

    Secara nyata, titah Seri Paduka berkehendakkan kedua-dua pihak melakukan runding atas perkara yang berbangkit. Ketidakupayaan kedua-dua pihak untuk mengada rundingan mampu dilihat sebagai cuba mencemar saranan Seri Paduka.

    Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

    Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar.

    ReplyDelete