suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 20, 2011

Orang di Kg.Baru,KL kena perlu bersabar,PAS sedang melakukan sesuatu

Kebanyakan pengundi-pengundi Titiwangsa tak kira melayu, tak kira cina atau hindu,begitu terasa akan kehilangan arwah Dr.Lo'Lo' yang telah meninggal dunia kelmarin dulu dan banyak dari mereka kata mereka kini macam anak ayam yang tak ada ibu. Mereka kini tidak ada wakil lagi yang akan membawa suara pengundi-pengundi Titiwangsa kerana kerusi itu akan dibiarkan kosong sehingga lah pilihanraya umum ke-13 nanti.

Memandangkan Kampung Baru KL berada dibawah kerusi parlimen Titiwangsa, maka pengundi-pengundi dan orang-orang melayu di situ lah yang amat terasa dengan kepergian Dr.Lo'Lo'. Ini kerana bila kerajaan umporno telah memberi laluan kepada projek pembanggunan Kampung Baru, Dr.Lo'Lo' lah orang yang telah banyak membantu dan menggalas tanggung jawab besar di mana projek pembanggunan Kg.Baru ini telah menjadi satu isu besar dan tidak dapat di nafikan yang beliau telah menjalankan tugas itu dengan begitu baik sekali untuk memastikan yang kebajikan orang-orang melayu di Kg.Baru di jaga, di lindungi dan di pelihara untuk pengekekalannya.

Kini suara untuk itu di parlimen sudah tidak ada lagi, sudah tidak akan di dengar lagi. Jadi sementara menunggu pilihanraya umum ke-13 yang entah bila akan tiba, siapa kah yang akan di pertanggung jawabkan untuk mengambil alih sementara tempat Dr.Lo'Lo' itu?? 

PAS kena dan perlu buat sesuatu.

dollah yankee -
Al Fatehah...dari Allah dia datang,kepada Allah dia pergi, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin..Amin!

No comments:

Post a Comment