suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 18, 2011

'Last minute' punya keputusan dari Ustaz Azizan

Isu pengharaman pusat-pusat hiburan di Kedah supaya tidak beroperasi pada bulan ramadhan ada lah isu yang penting yang melibatkan semua rakyat di Kedah dan dalam negara kita Malaysia. Kalau kita sebagai orang islam, memang benda-benda macam ini patut kita sokong. Tetapi bagi bangsa-bangsa asing atau senang cakap bagi orang-orang kafir, ia dilihat seperti cubaan menghalang mereka daripada berhibur dan bersuka ria.

Gurkah-gurkah politik di'port' pun paham yang ini adalah isu-isu yang sensitif dan berpendapat sudah tiba masa ianya di urusi dengan baik, dan nampaknya semasa artikel ini di tulis, ustaz Azizan telah menarik balik pengharaman yang di kuatkuasakan itu.

Pandangan gurkah-gurkah dalam perkara ini ialah kalau ikut pada buku undang-undang, kerajaan negeri Kedah tidak berhak untuk mengharamkan pusat-pusat hiburan ini dari beroperasi semasa bulan Ramadhan dan keputusan untuk mengharamkannya juga perlu dirujuk dan memerlukan pertimbangan daripada badan kehakiman.

Gurkah-gurkah bukan lah nak sokong dan nak terima sikit habuan bila DI-SANA nanti, tapi kalau pun pengharamannya semasa umat-umat islam sedang menjalankan ibadah puasa sah dari segi undang-undang, gurkah-gurkah rasa ia masih tak mencukupi untuk menghalang orang-orang melayu dari berhibur sebab kalau pusat-pusat hiburan ini di-tutup di Kedah semasa bulan puasa, dengan memandu hanya dalam masa satu dua jam saja orang-orang melayu ini boleh mabuk, boleh ber-karaoke, boleh berhibur dan berpeleseran di pusat-pusat hiburan yang ada di-Penang dan Danok.

Cara paling baik ialah buat operasi dan tangkap orang-orang melayu yang tak ingat akhirat ini semasa mereka mengunjungi pusat-pusat hiburan itu di bulan Ramadhan nanti (nak buat operasi kena lepas sembahyang terawih lah..sebab kalau tidak penguatkuasa yang nak tangkap mereka ini pun akan terlepas terawih)

Itu saja yang boleh buat pun...

dollah yankee -
Memang syaitan..tapi bila mai bulan Ramadhan..puasa,terawih tak pernah miss...

No comments:

Post a Comment