suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 01, 2011

Kita tetap akan bangun melawan!

Himpunan "BERSIH" mahukan sistem demokrasi yang bersih, mahukan perjalanan pilihanraya yang bersih, mahukan daftar pengundi yang bersih dan mahukan pengelolaan pilihanraya yang bersih. Jika ada mana-mana pihak sama ada kumpulan mahu pun individu yang cuba menyekat dan menghalang kehendak murni rakyat ini, bermakna kumpulan dan individu itu datang dari pihak yang kotor, penipu, penyangak dan tentunya mereka ini BUKAN lah pemimpin daripada Pakatan Rakyat...
dollah yankee -
Di-tapak pesta Sg.Nibong semalam,mahkamah mengatakan ceramah malam semalam yang dijadualkan dengan Azmin Ali dan Mat Sabu telah dibatalkan dimana mahkamah mengatakan yang ceramah semalam adalah satu bentuk cubaan untuk satu perhimpunan haram setelah mendapat nasihat polis.
Biarpun telah dibatalkan namun kumpulan rakyat 'hardcore' yang setia dengan pakatan Rakyat tetap datang ke-'venue' itu, dan cuba teka... mereka telah disambut olih helikopter yang berlegar-legar sambil menyuloh dibawah dari atas dan di bawah pula ada 5 buah trak polis dan anggota.
Manakala di Kepala Batas semalam, ceramah PAS di-Pongsu Seribu telah menerima kira-kira 4 ribu 'audiens'.

No comments:

Post a Comment