suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 05, 2011

Parti PAS semakin menarik

TG Hj.Hadi kata.." ini barisan kabinet pilihanraya PAS".
Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata... barisan kepimpinan PAS yang baru di-pilih ini ada lah barisan yang mampu membawa pembaharuan untuk orang melayu yang boleh menggantikan umno, dan sudah tentu juga akan mengetuai tim Pakatan Rakyat.

Pemilihan yang telah di-buat olih para perwakilan kelmarin, telah menjadikan barisan ini adalah barisan kepimpinan yang di-inginkan bukan sahaja olih ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada yang bukan ahli PAS macam gurkah-gurkah, tetapi malangnya keputusan pemilihan ini juga adalah merupakan satu mimpi ngeri kepada barisan kepimpinan yang dalam geng-geng yang bergelar ulamak.

Masa proses pencalunan sebelum muktamar ini, sudah dengar ada kata-kata mengatakan kepimpinan Ustaz Nasharudin ini tak berapa dinamik lagi. Ustaz Nasha juga di-katakan sudah tak sesuai jadi orang nombor 2 dalam PAS, atau senang cakap lah... ustaz Nasha ni semakin hari di-lihat semakin menjadi seorang yang lemah.

Ketika masuk ke penghujung proses pencalunan, kemaraan Mat Sabu sudah nampak cukup jelas sehinggakan ada penasihat-penasihat ustaz Nasha sudah nasihat dia agar tarik diri.

Apa yang buat gurkah-gurkah ini respek habis ialah dekat ustaz Nasha ialah bila dia menjawab kepada penasihat-penasihat dia.. "pernah tengok Kirk Douglas dalam filem Viking?.. kemuncak filem itu ialah bila Kirk Douglas ada kata... 'i am a Viking. If i want to die, i will die as a Viking'.., i menang jawatan nombor 2  dengan bertarung dalam gelanggang, jadi kalau i nak kalah, i nak kalah dalam gelangang ketika bertarung..!".

Wow!! foohhh... kat sini gurkah-gurkah semua bangun dan minum ucap selamat sebagai tanda hormat pada ustaz Nasha.

Mat Sabu pula dah buat satu sejarah dalam perjuangan politik PAS. Dia ada lah orang pertama yang bukan ulamak yang jadi orang nombor 2 dalam PAS sejak dasar PAS dengan 'ulamak sebagai ketua' di-perkenalkan sekitar 25-30 dulu. Mat Sabu yang di-kenali sebagai pemimpin yang paling lantang bersuara dengan ucapan-ucapannya yang panas berapi-api yang boleh membakar semangat orang ramai pula, telah berjaya memecahkan halangan ini yang merupakan tembok besar dalam parti PAS.

Mat Sabu pun hampir-hampir, nyaris-nyaris dan sikit saja lagi... dia nak tarik diri bila Datuk Haron Din dengan Datuk Harun Taib telah memperkudakan barua umno utusan malaysia, untuk berkempen bagi pihak ulamak untuk jawatan nombor 2 itu. Tetapi penasihat-penasihat Mat Sabu pula sudah nampak yang mood para perwakilan parti pada hari ini telah terbuka minda mereka, dan yakin yang perwakilan akan memberikan kepercayaan dan peluang kepada kumpulan bukan ulamak untuk memimpin dan membawa hala tuju parti.

Mat Sabu memang seorang yang 'champion' dalam bercakap dan berucap. Selepas dia di-pileh sebagai Timbalan Presiden, Mat Sabu dengan pantas telah mengubat kecewa hati kumpulan ulamak ini dengan berkata yang.."kita bukan macam parti umno yang telah membisukan ulamak. Dalam PAS ulamak masih lagi mengawal parti melalui Majlis Syura yang akan menjaga disiplin parti dan dasar-dasar parti."

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' tetap ada perasaan mereka yang... silap haribulan Mat Sabu jadi PM ! 

No comments:

Post a Comment