suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 14, 2011

Mat Sabu yang dah bertambah 'famous' !

Kemuncak seseorang ahli politik ialah bila di tangkap dan di-pasung ...

Pagi-pagi buta hari ini gurkah-gurkah politik sudah naik hantu daa...ooppsss... bukan naik hantu tapi sudah naik hairan lagi pelik dan ajaib daaa..puncanya bukan apa, hanya lah disebabkan kemenangan Mat Sabu yang telah di-pilih olih perwakilan untuk menjadi orang nombor 2 dalam PAS.

Okey lahh kalau perwakilan dah mau abang Mat Sabu kita, tapi yang memelik dan menghairankan gurkah-gurkah ialah kenapa orang luar dari PAS, yang bukan ahli PAS (yang sudah semestinya mereka yang dari parti umno) yang kalut lebih bila abang Mat Mat kita menang?!

Gurkah-gurkah cukup-cukup bersetuju kalau dah dalam muktamar yang lepas ahli-ahli PAS telah membuat keputusan untuk mengubah hala tuju perjuangan mereka untuk merampas Putrajaya, biar saja lahh... apa urusan mereka yang dari luar PAS itu yang boleh kata kepada ahli-ahli PAS.. yang ini boleh..,yang itu tak boleh..,yang sini kena macam ni..,yang situ kena macam ni.., kalau dah ahli-ahli mereka dari parti PAS kata ok, kenapa yang luar dari PAS perlu 'key-po-chi'?

Kalau dah ahli-ahli parti PAS sendiri dah buat keputusan mahu melihat bukan ulamak menerajui parti mereka, apa perlu mereka yang dari luar yang bukan ahli mahu membantah?? mahu sibuk-sibuk nak masuk dalam kain ahli-ahli parti PAS??!

Sehingga hari ini, dah dekat dua minggu abang Mat kita di-pilih, dan dah dua minggu juga lah berita dan isu ini dimainkan hampir setiap hari dan saban malam dalam berita-berita waktu perdana.

Kenapa umno nampak sangat terdesak dengan menyerang abang Mat kita??
UMNO janganlah terlalu gairah untuk menyerang abang Mat kami dengan guna taktik ni, rakyat dah letih laa dengan isu-isu seks nie... Jika nak menang, lawanlah secara berpolitik yang bersih. Rakyat tengah memerhati nie...

Gila betoi laa umno ni..!

dollah yankee -
semasa jumpa Mat Sabu face to face, yang mula-mula aku nampak ialah...kalau aku bertumbuk dengan Mat Sabu ni, aku konfiden yang aku boleh menang...

1 comment:

  1. UMNO memang tak senag dengan abang MAT SABU.Mana tidaknya.Kalah dalam pilihanraya beberapa tahun yang lalu tapi masih popular di dalam PAS.Tak macam pemimpin UMNO...kalau kalah...tamatlah jagohnya dalam politik.Perjuangan abang MAT cukup kental.Bermacam-macam dia dah tempuh.Kalau lah besi dia dah jadi keluli.Semuga abang MAT terus berjaya dan menjadikan PAS lebih cemerlang dalam PRU 13 nanti.

    ReplyDelete