suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, June 16, 2011

Esok dia mai balik !

ENAM bulan lalu kerajaan Malaysia mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara yang menggantung ketua pembangkang daripada meghadiri sidang parlimen. Hal ini tidak pernah berlaku di mana-mana negara komanwel, Anwar Ibrahim digantung selama 6 bulan oleh Parlimen Malaysia.



Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di dalam negara kita, malah negara kita telah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa di atas penggantungan ini. Turut sama digantung bersama-sama dengan Anwar selama 6 bulan ialah Azmin Ali, Sivarasa, dan Karpal Singh


Bagaimana pun esok, tamatlah sudah penggantungan yang penuh dengan kontroversi dan menjadi bahan gelak ketawa masyarakat antarabangsa ini. Anwar Ibrahim, seorang individu yang dilihat terus menjadi ketakutan gerombolan penyebar video lucah, UMporNO kembali mengaum di parlimen untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat yang dibawanya.


Anwar Ibrahim akan kembali dengan penuh bergaya ke parlimen esok untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat pada jam 9:30 pagi.

Bagi anda yang berada di KL dan sekitar yang mempunyai kesempatan, turun lah ke parlimen sebagai tanda simbolik memberi sokongan terhadap harimau rakyat ini. Demi rakyat, suara rakyat suara keramat!

dollah yankee -
Anwar bukan cari kehebatan..

Anwar mencari kebenaran.....!!!
Kerana mencari kebenaranlah menjadikan beliau hebat...

sumber: Detikdaily Forums

No comments:

Post a Comment