suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, May 18, 2011

Tahniah pada TG Haji Hadi

Tuan Guru kita Datuk Hadi Awang sekarang ni nampak lebih moden sikit sejak dia mula menukar cermin matanya yang berbingkai besi yang 'old-fashion' itu kepada yang lebih retro dan 'trendy'.

Gurkah-gurkah politik kata yang tuan guru kita ni juga nampak sedikit slim sekarang ini selepas beliau memberikan pengawasan yang teliti dalam mengamalkan diet pemakanannya selepas diserang strok ringan (mild stroke) tahun lepas. Kini habit tuan guru yang cukup kerap dan cukup suka mengambil akan makanan yang berat-berat selepas selesai ceramahnya ditengah-tengah malam kini sudah tidak lagi dilakukannya. Mungkin itu lah punca nya yang beliau nampak slim sikit tu.

Gurkah-gurkah politik di'port' juga kata yang tuan guru sekarang ni sudah berhenti dan tidak lagi mengamalkan aktiviti menunggang kuda kecuali aktiviti kegemarannya semasa lapang iaitu memancing, itu masih lagi diteruskan. Ada sekali gurkah-gurkah ini pernah bertembung dengan tuan guru semasa beliau turun memancing di Tasik Kenyir semasa gurkah-gurkah ini bercuti di sana sebulan dua dulu.

Tuan guru kita juga sekarang ini kelihatan cukup bertenaga, baik dari segi fisikal, moral, juga mental. Gurkah-gurkah kata ini mungkin disebabkan yang tuan guru kita sudah bersedia untuk kekal mempertahankan jawatannya sebagai presiden PAS untuk penggal yang ke-5 bila selesai pencalunan pada hari sabtu lepas untuk pemilihan parti pada muktamar PAS bulan depan nanti tidak ada sesiapa pun yang layak untuk mencabar jawatan tuan guru itu. 


dollah yankee -
Well ... tahniah lah dari gurkah-gurkah politik untuk tuan guru Hj.Hadi ... InsyaAllah PAS lah yang paling relevan untuk orang-orang melayu.

2 comments:

  1. Menang tanpa dicabar,bolehlah teruskan agenda UG bersama Stopa Ali.Mudah-mudahan dapat jadi Menteri Agama dalam kerajaan UG.Boleh juga bagi lebih banyak "kuasa" pada Stopa Ali untuk hancurkan PAS.

    ReplyDelete
  2. sudah-sudah tu... jgn buruk sangka.... itu bukan adab muslim sejati.

    ReplyDelete