suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, May 06, 2011

"Saja-saja aje nak jolok pungkok Ahmad Maslan.."

dollah yankee -
Halloo...Datuk?! Dah berapa buah rumah peneroka Datuk pi tidoq??!! Kah..Kah..Kah.. Budak-budak yang duduk di-Felda Gunung Bongsu, yang saya jumpa dua tiga hari lepas kata kat saya...Datuk ni kencing deraih..!!!

Hari ini dah pun 6hb. lima, 2011. Maknanya dah dua tahun lebih lah Ahmad Maslan dengan 'PROJEK nak AMBIL HATI' makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tinggal di kawasan-kawasan penempatan felda, yang bermula sekitar bulan empat tahun 2009 dulu.

Dalam satu tahun ada 12 bulan. Dalam satu bulan ada 4 minggu. Maknanya, satu tahun ada 48 minggu, 48 minggu kali dengan 2 tahun sama juga 96. Ini bermakna Ahmad Maslan sudah pun pergi melawat dan tidur di 96 buah rumah peneroka-peneroka felda yang terpileh yang bertujuan untuk merapatkan hubungan siratul rahimnya dengan mereka serta mengenal pasti dan mendapat gambaran yang sebenar tentang masalah- masalah mereka.

Post subject: 'Program tidur rumah peneroka'Posted: 2009-04-21, 11:50:30 pm

Di atas nama cinta 'Program tidur rumah peneroka'
Oleh Johan Afandi
bharian@bhnews.com.my

Timbalan Menteri tinjau masalah

KULAI JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan mengambil pendekatan bermalam di rumah peneroka Felda di seluruh negara setiap minggu dalam usaha mendekati serta mendapatkan gambaran sebenar masalah dihadapi golongan itu.

Buat permulaan, beliau yang bertanggungjawab ke atas Felda, memilih bermalam di rumah Mohd Zahari Marzuki, 58, peneroka di Felda Bukit Batu, di sini.

"Saya bercadang nak tidur di rumah seorang peneroka Felda disetiap tanah rancangan di 11 Wilayah Felda seluruh negara. Ia cara terbaik untuk mendapatkan sendiri gambaran serta masalah yang dihadapi peneroka Felda dan masyarakat luar bandar.

"Selepas itu saya akan berusaha menyelesaikan masalah mereka. Secara peribadi, saya memang dekat dengan masyarakat Felda kerana pernah jadi pengarah seranta Felda selama dua tahun pada 2006," katanya di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai pendekatan dan penambahbaikan kepada masyarakat Felda dalam usaha menjadikan mereka contoh terbaik masyarakat luar bandar di negara ini.

1 comment:

  1. ciri ciri munafik...

    apabila berkata dia berbohong....

    case close....

    kah kah kah kah kah kah ...

    ReplyDelete