suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, May 20, 2011

Rampas saja motor mereka!!!

Polis Trafik Pulau Pinang tolong jangan buang masa dengan mengarahkan mat-mat rempit menolak motorsikal mereka sambil menyanyikan lagu kebangsaan Negara-Ku..
(bukan negara ku-ku noe..?!)

Kalau masukan mereka dalam penjara, gomen nak kena bagi makan, nak kena bagi minum...(buang duit semua tuu..). Yang mana yang dalam kategori 'anak-anak hantu' pulak, kalau masuk dalam (jail), mereka akan bercampur dengan 'hantu-hantu' yang lagi besar yang sedang merengkok di-dalam sana. Mereka akan belajar sedikit sebanyak ilmu-ilmu nak jadi 'hantu' (ialah..bila duduk dalam sana,bukanya ada kerja sangat yang nak di-buat,melainkan makan,minum,berak..). Susah pulak gomen nanti bila mat-mat rempit ini bertukar karier dari merempit kepada men'jenayah'. Kalau saman pula, mereka tak ambil 'pot' nak bayar, kalau 'black-list' mereka pula, lebih ramai mat rempit yang akan tunggang motor mereka tanpa lesen, tanpa cukai jalan, tanpa perlindungan insuran. Bila ada 'road-block' lagi banyak yang akan lari dengan menentang arus. Lagi menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Jadi... gurkah-gurkah politik di'port' nak cadangkan kepada siapa di Bukit Aman yang jaga trafik tu supaya, apa kata polis rampas saja motorsikal mereka yang didapati merempit. Simpan dalam balai atau dalam mana-mana gudang... 3 bulan untuk kesalahan pertama, 6 bulan untuk kesalahan kedua dan rampas terus motor itu untuk kesalahan merempit yang ke-3.

Gurkah-gurkah politik di'port' rasa cara ini sekurang-kurangnya boleh mengurangkan gejala merempit ini sebab, bila tak ada motor nak merempit macam mana?? kan??!

Mana-mana mat rempit yang bekerja pula dah tentu perlu motor nak bergerak, nak pergi kerja, jadi kalau tidak ada motor tentu boleh 'patah kaki' bukan kaa??!

Mungkin kalau mereka berfikiran macam mana yang gurkah-gurkah ini fikir, mereka mesti fikir 12 kali nak merempit sebab kalau kena tangkap merempit, motor akan kena rampas...

...tapi kalau yang dah jenis 'anak hantu' tuu..susah sikit lah! sebab mereka ini memang 'hantu'!!!


dollah yankee -
Taktik ini pernah digunakan lama dulu...dan gurkah-gurkah ini pun pernah rasa kena tolak motor mereka dari gurney drive sampai penang road.. 25 tahun dulu..!

2 comments:

  1. cadangan yang sangat baik.

    ReplyDelete
  2. Kira lembutlah cadangan di atas.

    Kalau aku, buat rang undang-undang membenarkan pihak berkuasa memampatkan je motor-motor yang diubahsuai dan merempit 'on the spot' dengan trak sampah yang diberi daya mampatan berkuasa tinggi. Biar dia orang bawak balik motor mereka dalam kotak.

    Tak puas hati boleh repot pada hakim, untuk dapatkan motor yang baru.

    ReplyDelete