suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, May 31, 2011

PAS kena cuba Mat Sabu !

TG Nik Aziz dok teropong tengok siapa yang patut menang??

Ada lagi 3 hari sebelum Muktamar dimana semua ahli-ahli PAS akan berkumpul untuk memilih barisan kepimpinan parti. Tapi yang pelik tu, tak nampak langsung ada tanda-tanda kempen-kempen sedang dijalankan olih mereka-mereka yang mahu memegang jawatan-jawatan penting dalam parti pada pemilihan itu.

TG Nik Aziz kata ada lah penting untuk memilih mereka yang boleh bawa sistem pentadbiran di Kelantan ke peringkat pusat kerana PR pasti akan menakluki Putrajaya, jadi mereka (PAS) perlu bersiap sedia.

TG Nik Aziz kena main peranan penting dalam perkara pemilihan ini kerana sebagai Mursyidul Am PAS beliau memang kena masuk campur.

Mungkin sebab tu lah kot TG Nik Aziz kita tak ada di Kota Bahru sejak dari hari jumaat 27 hb. lima yang lepas. TG Nik Aziz sekarang berada di Kuala Lumpur dan akan berada di sana sehingga lah selesai Muktamar PAS yang ke-56.

Kalau dulu pada pemilihan yang lepas,TG Nik Aziz secara terbuka telah menyokong Husam untuk jawatan nombor-2, ada kah kali ini TG Nik Aziz mahukan Tuan Ibrahim Tuan Man pula? Yang gurkah-gurkah politik di'port' pasti ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa tak akan dapat sokongan TG Nik Aziz untuk jawatan nombor-2 itu.

Apa kah perwakilan pada Muktamar kali ini akan masih lagi mahu mendengar nasihat TG Nik Aziz lagi? atau apa kah perwakilan mahu meneruskan hasrat mereka mahukan Mat Sabu yang di rasakan seorang yang cukup sesuai untuk berdepan dengan menteri-menteri dari umno?

Jawapan nya hanya lah akan di ketahui pada hujung minggu ini.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' tetap rasa yang Mat Sabu yang patut ganti Ustaz Nasharudin.

No comments:

Post a Comment