suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, May 05, 2011

Rumah itu besar dengan tembok yang tinggi ...

Mereka menyangka yang rumah besar itu dimiliki olih seorang pengedar dadah atau barangkali juga seorang penyeludup dadah, jadi orang-orang dikawasan itu tak nak ambil pot dan tak mahu jadi 'key-pohh'.

Rumah yang sebesar itu tak ada 'door-bell', jadi kawan penghantar susu kambing yang tiap-tiap pagi ke rumah itu, hanya meninggalkan susu itu dihadapan pintu pagar. Kalau ada sesiapa yang berehat dengan bersandar ditepi tembok dinding diluar rumah itu, akan muncullah seseorang dan mengarahkan mereka pergi dari.

Tiap-tiap petang diluar kawasan rumah itu akan ada ramai budak-budak yang bermain kriket. Dan kalau ada sesiapa yang telah membuat pukulan yang melepasi tembok besar lagi tinggi masuk kawasan ke-rumah itu, mereka akan diberi wang lebih kurang 5 ringgit untuk membeli bola baru, budak-budak tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan rumah itu untuk mengambil semula bola mereka.

"Semua orang kampong kata yang rumah besar itu dimiliki olih seorang penyeludup dadah dari  Peshawar,"   .."dikawasan ini kalau sesiapa yang tinggal dirumah yang sebesar itu,, engkau tau lahh..itu mesti 'black money', mungkin towkey heroin kot..!".

"Kami tak pernah nampak sesiapa pun pergi kerumah itu, walaupun posmen untuk hantar sebarang surat atau hantar apa-apa saja. Penghuni rumah itu juga tak pernah keluar untuk berkenal-kenal atau beramah mesra dengan kami. Kami agak penghuni rumah itu mesti suka makan kambing, sebab tiap-tiap hari sebuah jeep warna merah akan keluar dari rumah itu dan kembali semula dengan seekor kambing, kami agak sajalaa..mereka suka makan kambing, sebab tiap-tiap hari keluar dan balik dengan seekor kambing untuk disembelih."

"..bla..bla..bla..bla..bla..bla..
selepas sahaja kejadian itu, baru kami tau... yang, itu rumah Osama Bin Laden... !!!"


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' kata ... anak mati, bini mati,... duit-duit dia semua ... kalau siapa boleh dapat... selamattttttt !!!

No comments:

Post a Comment