suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, May 04, 2011

Menunggu Utusan Rakyat

Ketua Editor dah pun ada. Editorial team pula terdiri dari orang-orang lama dan orang-orang baru dalam dunia kewartawanan dengan jangkaan 24 muka surat berita-berita yang terdiri daripada berita-berita am, hiburan dan juga sukan.

Utusan Rakyat akan berjuang dan memperjuangkan platfom baru untuk para wartawan dan pemberita melapurkan isu-isu terkini dengan lebih adil dan telus.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang Utusan Rakyat ini adalah satu pelaburan yang berani dan agak terkejut bila dapat tahu yang Tengku Li adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dengan pelaburan yang paling banyak.

Sebelum ini rakyat semua telah dipermainkan dengan berita-berita yang terlalu banyak dipusing oleh RTM.Sekurang-kurangnya berita-berita dalam utusan rakyat ini kita tidak akan dapat lihat di kaca televisyen atau dada-dada akhbar.Tetapi hanya di Utusan Rakyat,tiada pembohongan dibenarkan di sini.

Kenapa perlu ada Utusan Rakyat?? Tujuanya adalah tak lain tak bukan hanya mahu menangkis laporan yang terpampang di dada-dada akhbar ataupun di kaca televisyen yang sering memberi laporan yang salah dan berat sebelah dan terlalu banyak pusing lahhh.. terutamanya yang berkaitan dengan salah laku pihak kerajaan.Rakyat sering ditipu dengan laporan palsu yang terdapat di media massa perdana masakini.Di harap dengan bakal munculnya Utusan Rakyat ini rakyat akan memperoleh pelbagai manfaat daripadanya dan dapat membuka mata yang tak melihat,telinga yang ditutup,mulut yangdibisukan.Bukan nak menyindir tapi ajak berfikir.

Sesiapa yang ingin berkongsi pendapat,menghantar rencana,gambar dan sebagainya untuk kebaikan bersama rakyat Malaysia kena lah bersabar dan tunggguuuuu...



dollah yankee -
Pagi tadi gurkah-gurkah politik di'port' sambut berita ini dengan makan nasi lemak yang dibungkus dengan kertas surat khabar Utusan Malaysia.

1 comment:

  1. Abang Dollah,Utusan Malaysia siapa nak baca sekarang? lebih baik ditukar nama kepada Utusan sex saja....

    ReplyDelete