suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, May 12, 2011

Melayu Mudah Lupa...(dekat Tun Mahathir)

dollah yankee -
Rasa hurmat gurkah-gurkah politik di'port' kepada Tun Mahathir masih lagi tinggi biarpun Tun sekarang sudah merepet banyak sangat. Mungkin akibat membaca yang terlalu kuat dan terlalu banyak, jadi otak yang 'sharp' tu dah tumpul dan dah tak boleh nak asah lagi.

Adik ipar Syed Ali (umno Cheras) ada datang ke 'port' gurkah-gurkah ini kelmarin dulu dan bercerita dengan penuh semangat tentang sambutan VVIP yang telah diberikan olih Ketua dan AJK umno Bahagian Cheras kepada Tun Mahathir semasa beliau datang merasmikan mesyuarat umno Bahagian Cheras ahad lepas. Dikatakan yang pakat berebut-rebut AJK dan ahli-ahli umno bahagian Cheras bertolak-tolak dalam barisan panjang mahu mencium telor Tun Mahahthir...opppsss sorry..bukan telor daaa... tapi tangan Tun Mahathir.

Maka gurkah-gurkah ini memperingatkan adik ipar Syed Ali ini bahawa Tun Mahahthir dan Ketua serta AJK umno bahagian Cheras memang dah lupa yang tak sampai tiga tahun dulu, Ketua-Ketua dan AJK-AJK umno di seluruh bahagian di Malaysia ini pernah melayan Tun Mahahthir ini macam 'kucing kurap' dan boleh kah dibayangkan yang bekas Presiden umno ini pernah nak minta dan pernah bertanding nak jadi perwakilan bahagian ke Persidangan Tahunan UMNO Malaysia tetapi langsung tidak diberikan sebarang tempat hingga membuatkan orang tua ini merajuk dan terus keluar dari umno.

Kah..Kah..Kah.. 

No comments:

Post a Comment