suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, May 31, 2011

Malaysia,kad aplikasi diri...

Kad pengenalan atau MyKad kita mungkin selamat sebab sentiasa ada di-dalam dompet atau 'hand-bag' kita. Tapi gurkah-gurkah politik di'port' nak tanya lah.. boleh kah pakai MyKad anda tu?

Sebabnya dilaporkan yang lebih dari satu juta.. what?? 1 juta??? ya.. 1juta pemilik MyKad telah mengalami masalah dengan 'chips' yang di dalam MyKad itu selepas urusan mereka menggunakan MyKad telah tidak diterima di bank, jabatan imigresen, JPJ, EPF, dan juga di PLUS serta lain-lain tempat lagi. Itu belum lagi di-kira kalau kita nak pakai MyKad untuk mesin ATM, MEPS serta Touch n Go.

MyKad ini akan digunakan ketika sesuatu situasi itu memerlukan pengenalan dan keaslian butiran-butiran berkenaan dengan pemiliknya, termasuk lah mengenal pasti keaslian cap jari.

Pihak yang berkenaan nak buat apa tentang perkara ini? Apa langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini? Gurkah-gurkah ini nak tanya lagi... macam mana boleh terjadi kes-kes 'chips' yang di dalam MyKad itu sudah tak boleh pakai, sudah roask? Haallooo.. MyKad ni adalah kad pengenalan atau bukti atau dokumen yang menunjukan kita ni seorang warganegara tau ka?? Apa ingat MyKad ni macam manila kad ka? atau macam kain peliKAT?

Gurkah-gurkah ini kata lagi yang kerosakan 'chips' dalam MyKad adalah kerana JPN tak peka dengan kualiti 'chips' itu, jadi ini ada lah kelemahan mereka (JPN), jadi kenapa perlu kita (pemegang MyKad) yang terpaksa di-denda semasa kita nak buat MyKad baru?

Siapa yang bertanggung jawab membekalkan 'chips' ini? Siapa yang perlu kita salahkan? Dengan kecangihan teknologi masa kini, teknologi 'chips' ini sepatutnya sudah tidak ada apa-apa masalah lagi. SPRM tak mau jenguk-jenguk ke JPN? mana lah tau kot-kot pembekal 'chips' ni bekalkan 'chips' yang tak ada kualiti, 'chips' yang dah kena 'reject', 'chips' yang di beli dengan harga murah, lepas tu jual pula dekat gomen dengan harga yang mahal.

Gurkah-gurkah ini juga rasa yang JPN patut buat 'rombongan sambil perhabis duit..oopps sorry.. rombongan sambil belajar' ke jabatan pendaftaran Thailand, sebabnya 'micro chip' yang digunakan mereka ada mempunyai tarikh luput. Perlu di perbaharui setiap 6 tahun sekali dan ianya pula mengambil masa hanya 15 minit untuk mendapatkan pengenalan yang baru.

dollah yankee -
Buat duit lagi kontraktor yang membekalkan 'chips' ini...

1 comment:

  1. Setuju dengan anda, Mykad kita ni berkualiti paling rendah, kalau simpan dalam dompet pun tak tahan lama, pasti robek atau lekang, kalau nak tukar gambar cukup senang, macam yang you buat mykad kat Rowan Atkinson, senang bah tuuu.
    Chips JPN tu dibeli dengan harga yang MAHAL oleh JPN, tetapi kualitinya sahaja yang cukup rendah.
    Minta2 lah SPRM siasat...... kalau tidak mykad Malaysia ini boleh didapati dimana2 kedai 7 eleven nanti... setuju tak?

    ReplyDelete