suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, May 19, 2011

Kena tangkap juga, walaupun berusaha macam 'Iron-Man;


Seorang sahabat kepada gurkah-gurkah politik di'port' pagi ini telah bercerita bagaimana seorang lelaki pendatang haram dari Myanmar telah berusaha dengan gaya yang tidak ubah seperti seorang peserta 'iron-man' apabila PATI ini telah berlari sejauh 5 kilometer dan berenang beberapa batu dilaut dalam usahanya untuk melarikan diri dari orang-orang kampung selepas terlibat dalam satu kemalangan motorsikal di Butterworth.

Bagaimanapun PATI ini tertangkap juga lebih kurang 2 jam selepas itu olih nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan ditengah-tengah laut disebalik usaha kerasnya nak jadi 'iron-man' untuk melarikan diri dari ditangkap.

Drama ini bermula bila PATI ini yang menunggang motorsikal telah berlanggar dengan sebuah kereta orang kampung di-Permatang Pak Elong, Kepala Batas lebih kurang jam 8 pagi. Olih kerana terlalu panik apabila melihat empat lima orang kampung yang datang untuk melihat kejadian itu dia pun buka langkah seribu.

Dia terpaksa menanggalkan seliparnya dan hanya lari dengan berkaki ayam melalui sawah-sawah padi hingga lah sampai ke kawasan Pantai Robina di-Butterworh. Woww..!! boleh kita bayangkan? berlari dari Permatang Pak Elong sampai ke Pantai Robina..mak aiiii!!! jauh tuu..!

Dia juga telah berenang hampir 2 jam setengah, sebelum diselamatkan olih nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan ditengah laut dan kemudian diserahkan kepada pihak polis di Pantai Robina.

Dia kata dia lari sebab tak ada lesen menunggang motorsikal.

Sahabat ini yang berada ditempat kejadian berkata yang dia dan beberapa orang kampung cuba menghampiri PATI untuk bertanyakan tentang kemalangan ini, tetapi dia terus cabut sebaik saja melihat sahabat ini dan tiga empat orang kampung datang menghampirinya.

Sahabat ini dan orang kampung tadi telah mengekori PATI ini melalui jalan-jalan dalam kampung dan apabila sampai ke Pantai Robina, mereka diberitahu yang PATI ini telah pun terjun ke dalam laut.


dollah yankee -
ini pati kalau bagi 'PR status', di-train pula sebagai 'iron-man', garenti dapat pingat emas olimpik !!

No comments:

Post a Comment