suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, May 28, 2011

"KEBAJIKAN kepada RAKYAT saja yang sentiasa saya pikir dan sentiasa ada dalam kepala otak saya ..." Najib Razak.

Terasa begitu hiba, sehingga menyebabkan ada gurkah-gurkah politik di'port' menangis tak mau-mau, sambil melantak roti bakar dan teh halia mamak dengan cukup berselera...

Gurkah-gurkah ini percaya yang rakyat di bawah pun tak bangang dahh... Rakyat di bawah juga percaya yang memang harga petrol Ron95, diesel dan LPG tak akan naik... buat masa ini lahh... esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan... mesti naik punya lahh !!

Rakyat-rakyat di bawah juga kata yang..."Kami dah tak bangang...dulu betul, bangang kami saja berat ada dua tiga kati, tapi kini tidak lagi... kami memang bangang kalau kami percaya yang minyak petrol Ron95 tu tak akan naik, tapi kami dah tau dan dah bersedia pun... ia tetap akan datang walau apa cara sekali pun, cuma nya kalau tak cepat, lambat! NAIK mesti NAIK punya lahh !!

Sepatutnya subsidi ini mensasarkan dan membantu golongan-golongan rakyat pertengahan dan golongan-golongan rakyat bawahan. Jadi beban subsidi ini kenalah di kongsi bersama-sama olih rakyat dengan gomen. Mana boleh nak suruh rakyat saja yang nak kena tanggung, nak kena berkorban?? Gomen pun kena laa tanggung sama beban ni.

Jadi bila Anwar dan Pakatan Rakyat kata mereka sanggup nak berkongsi beban ini dengan rakyat-rakyat di bawah... tak kan lahh kami nak biar PR berseorangan?? Kami akan dan kena lah 'support' Anwar/PR.

dollah yankee -
Desakan dan pengaruh Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada Najib/BN/umno, yang telah mendorong untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair.

No comments:

Post a Comment