suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, May 23, 2011

Cikgu dan Cikgi bertambah murka !!

Sebelum ini pun banyak cikgu-cikgu sekolah dah meluat dengan kerajaan pusat. Cikgu-cikgu ini bertambah murka dengan pengumuman yang telah menghilangkan 'mood' mereka dalam menyambut hari guru 2011.

Ia lah..mana tak murka, 'goodie bags' yang kerajaan umum nak bagi dekat cikgu-cikgu pada hari guru 2011 ini, bukan semua cikgu dapat. Yang dapat cuma pengetua-pengetua,guru-guru besar dan cikgu-cikgu penolong kanan saja. Yang lain-lain macam cikgu-cikgu biasa ni?.. nga-nga, gigit jari, melopong!..lepas tu pakat-pakat maki Mahyudin... Kah..Kah..Kah..

Cikgu-cikgu ni kata yang pengumuman penyelarasan gaji untuk cikgu-cikgu dari Najib itu hari, memang sah tidak ada sesuatu yang luar biasa untuk guru-guru yang biasa.

Ingat kalau jadi cikgu, tak payah makan? Tak payah pakai? Kena naik basikal? Kalau jadi cikgu biasa... gula,kopi,tepung,beras beli dapat setengah harga kaa??! Cikgu-cikgu pun nak hidup juga!

Memang lahh bila Mahyudin tahu yang cikgu-cikgu biasa ni yang kebanyakan mengajar di sekolah-sekolah rendah sudah murka bila dapat tahu mereka tak dapat apa-apa, dia pun janji nak bincang, nak meeting, nak minta dekat Najib, tapi itu semua wayang nak pujuk cikgu-cikgu ni.


dollah yankee -
Bab gaji cikgu-cikgu nie...Anwar/PR tak lupa, pun ada dalam 'Buku Jingga'...

No comments:

Post a Comment